LELAKI BUNUH TEMAN WANITA, KAHWIN WANITA LAIN PADA KEESOKAN HARINYA
INDIA – Seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan telah
membunuh teman wanitanya di dalam sebuah kereta dengan cara cekikan menggunakan
wayar kabel pengecaj telefon. Lagi dahsyat yakni pada keesokan hari selepas
insiden pembunuhan tersebut, lelaki yang dikenal pasti sebagai Sahil Gehlot itu
telah berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Insiden pembunuhan kejam ini
dilaporkan berlaku pada jam sekitar 11 malam 9 Februari 2022 yang lepas.
Link Shopee : https://shope.ee/3ppUlVI9YY Link Lazada : https://s.lazada.com.my/s.UWzGl |
Penangkapan terhadap Sahil dibuat setelah salah seorang anggota polis yang berkenaan mendapat maklumat tentang Nikki yang tidak dapat dihubungi oleh keluarganya. Pada masa masa, pihak polis menerima maklumat penting yang memberitahu mereka mengenai kematian Nikki dan majlis perkahwinan Sahil pada hari sama. Menerusi siasatan yang pihak polis jalankan, Nikki didapati telah memaksa Sahil untuk membatalkan majlis perkahwinannya. Seperkara lagi harus diketahui, Sahil tidak pernah memberitahu keluarganya tentang hubungannya dengan Nikki. Disebabkan itulah keluarga Sahil mengatur majlis perkahwinannya dengan wanita pilihan mereka.
Link Shopee : https://shope.ee/AUMOiLn2Vk Link Lazada : https://s.lazada.com.my/s.UWAP2 |
Catat Ulasan for "LELAKI BUNUH TEMAN WANITA, KAHWIN WANITA LAIN PADA KEESOKAN HARINYA"