Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DITUDUH CURANG, WANITA BAKAR BAYI YANG BARU LAHIR

Gambar sekadar hiasan

    INDONESIA - Seorang wanita berusia 38 tahun di Madiun, Jawa Timur yakni ibu kepada tiga orang anak telah ditangkap kerana membakar bayi yang baru dilahirkannya hingga membawa kepada kematian. 

    Media melaporkan perbuatan wanita yang hanya dikenali sebagai I tersebut terbongkar selepas penduduk kampung berasa curiga dengan pintu rumah suspek dalam keadaan tertutup selama empat hari berturut-turut. Rentetan daripada perkara itu, penduduk kampung pun memecah masuk rumah suspek sebelum menemui mayat bayi tersebut dalam keadaan jasadnya sudah 70% hangus terbakar. 

    Sementara itu, suspek pula telah ditangkap oleh pihak polis di dalam hutan yang berjarak kira-kira 1 kilometer dari rumahnya. 

Link Shopee : https://shope.ee/7pLS3q0Qc6

    Menerusi kenyataan rasmi daripada pihak polis, suspek masih lagi dalam hospital untuk menerima rawatan selanjutnya. Soal motif pembunuhan bayi tersebut, suspek berasa sakit hati dengan  tuduhan suaminya mengenai anak mereka yang baru dilahirkan itu adalah anak hasil hubungan terlarang suspek bersama dengan lelaki lain.

    Difahamkan suami suspek bekerja di wilayah lain dan pulang sekali setiap sebulan untuk menjenguk isterinya. Anak pertama pasangan tersebut masih bersekolah rendah manakala anak kedua mereka telah pun meninggal dunia pada tahun 2018. 

Link Shopee : https://shope.ee/6pSus4kgYC

    Kes ini masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis.

Catat Ulasan for "DITUDUH CURANG, WANITA BAKAR BAYI YANG BARU LAHIR"