KES LINDSAY CLANCY, ADA PLOT TWIST?
AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita dari Massachusetts yang telah membunuh tiga orang anaknya pada 29 Januari lalu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan pembunuhan jenayah terancang berkenaan. Wanita berusia 32 tahun tersebut iaitu Lindsay Clancy yang kini masih berada di hospital kerana lumpuh separuh badan membuat pengakuan itu dalam persidangan mahkamah secara aplikasi Zoom. Terdahului Lindsay dilaporkan telah terjun dari tingkat kedua rumahnya setelah menyerang anak-anaknya.
Link Shopee : https://shope.ee/9en4ng4y0s |
Menerusi keterangan daripada pihak pembelaan, Lindsay telah mengalami penyakit Post-Partum Depression (meroyan) dan Psikosis Postpartum. Penyakit Psikosis Postpartum ini adalah meroyan tahap serius di mana seseorang itu boleh mengalami halusinasi secara pendengaran dan visual. Lindsay juga didakwa ada memberitahu suaminya bahawa dia telah terdengar suara bisikan seorang lelaki yang menyuruh supaya ketiga-tiga orang anaknya dibunuh dan seterusnya membunuh diri. Pihak pendakwaan bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Mereka mendakwa bahawa kematian tiga orang anak Lindsay tersebut adalah sesuatu yang memang sudah dirancang. Lindsay juga bahkan bertingkah laku normal pada beberapa hari sebelum kejadian. Ini termasuklah bermain bersama dengan anak-anaknya di luar rumah mereka. Pada hari kejadian juga, Lindsay telah menyuruh suaminya untuk pergi mengambil makanan yang dipesan di kedai luar. Jarak perjalanan dari rumah Lindsay ke kedai itu sudah dianalisis oleh Lindsay. Perkara ini sekaligus bermaksud waktu perjalanan suami Lindsay berulang-alik dari ke rumah ke kedai tersebut sudah cukup untuk membolehkan Lindsay merencanakan pembunuhan terhadap semua anaknya. Seperkara lagi harus diketahui yakni sewaktu Lindsay baru tiba di hospital, perkara pertama yang dilakukannya adalah mengajukan pertanyaan kepada pasukan perubatan sama ada dia memerlukan peguam bela atau sebaliknya.
Link Shopee : https://shope.ee/1VRN52vdIH |
Buat masa sekarang, Lindsay masih tidak dibenarkan untuk diikat jamin serta pada masa sama diarahkan menyerahkan passport miliknya kepada pihak berwajib. Suami Lindsay yang dikenali sebagai Patrick sebelum ini telah pun mengeluarkan satu kenyataan di mana dia sudah pun memaafkan isterinya. Patrick serta ramai lagi kenalan terdekat memberikan sokongan sepenuhnya kepada Lindsay yang dikatakan sebagai seorang ibu berperwatakan penyayang.
Catat Ulasan for "KES LINDSAY CLANCY, ADA PLOT TWIST?"