KES VIRAL PEMBUNUHAN KEJAM ELISA SITI MULYANI
Tular tentang kes pembunuhan seorang wanita cantik berusia
22 tahun iaitu Elisa Siti Mulyani yang telah ditemui mati pada malam 8 Februari
2023 dalam semak-samun di kawasan Pandeglang, Banten. Dia dilaporkan telah
mati dibunuh oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Riko
Azrika, 21 tahun.
Link Shopee : https://shope.ee/AUMHvkW33w |
Menerusi keterangan rasmi daripada pihak polis, mereka sudah pun berjaya menangkap Riko hasil maklumat daripada beberapa orang saksi serta penemuan bahan bukti di lokasi kejadian. Riko telah ditangkap oleh pihak polis di rumahnya yakni 30 minit selepas pembunuhan Elisa. Di rumah Riko, pihak polis telah menemui telefon serta komputer riba milik Elisa. Menurut pihak polis, motif Riko membunuh Elisa adalah kerana berasa sakit hati berikutan cintanya sudah tidak diterima lagi oleh Elisa selain bekas teman wanitanya itu sudah mempunyai teman lelaki baru.
Pada malam kejadian, Elisa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal. Dia bagaimanapun telah bertembung dengan Riko sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka. Elisa seterusnya dicekik dan dipukul oleh Riko pada bahagian leher dengan menggunakan mangkuk tandas duduk yang ada di lokasi kejadian. Difahamkan jeritan Elisa sebelum itu telah didengari oleh dua orang saksi. Sejurus mendengar jeritan tersebut, kedua-dua orang saksi berkenaan bergegas ke arah lokasi lalu menemui mayat Elisa yang dalam keadaan berlumuran darah. Pada masa sama, Riko dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki motosikal. Dua orang saksi tersebut kemudian segera ke balai polis untuk melaporkan tentang penemuan mayat Elisa.
Mengenai latar belakang Elisa, dia yang dilahirkan pada tahun 2000 merupakan seorang mahasiswi di Universiti Bina Bangsa (UNIBA) Kota Serang. Elisa digambarkan berperwatakan baik, peramah, pandai berdikari dan rajin bersolat. Dia yang memilik paras rupa cantik kerap menjadi model untuk artis jurusolek. Elisa dan Riko sebelum dikatakan ini telah menjalinkan hubungan sejak dari lima tahun yang lepas. Pasangan tersebut bagaimanapun berpisah pada baru-baru ini setelah tiada lagi sefahaman antara mereka berdua. Riko yang ternyata enggan untuk menerima hakikat perpisahan itu tetap cuba untuk memikat hati Elisa semula secara berterusan. Malah sehari sebelum kejadian, Riko bukan saja sempat memberikan hadiah kepada Elisa malah dia turut pergi menemui bapa Elisa dengan harapan supaya Elisa dapat dipujuk. Walau bagaimanapun, bapa Elisa enggan untuk masuk campur kerana dia sendiri tidak tahu punca sebenar Elisa tidak sudi lagi menerima Riko dalam hidupnya.
Link Shopee : https://shope.ee/3Kt7OgCVSz |
Laporan bedah siasat setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda Elisa telah diserang secara seksual. Keluarga Elisa tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kematian Elisa adalah satu pembunuhan terancang. Perkara tersebut masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis.
Catat Ulasan for "KES VIRAL PEMBUNUHAN KEJAM ELISA SITI MULYANI "