Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ITU BUKAN KELUARGA AKU!

    Kisah ini telah berlaku berlaku kepada adik aku yang berusia 9 tahun pada minggu lepas.

    Hari itu yakni selepas tamat sesi persekolahan, adik aku telah pulang ke rumah seperti kebiasaannya sebelum dia keluar semula dari rumah semula untuk pergi bermain dengan rakan-rakannya di sebuah taman permainan.

    Di taman permainan tersebut, dia dan rakan-rakannya bermain sorok-sorok. Sebaik saja hari kian lewat senja, adik aku tiba-tiba ternampak aku sedang berjalan bersama dengan ibu bapaku, menuju ke arahnya. Kami bertiga datang ke situ untuk datang menjemputnya untuk pulang ke rumah. Melihat kedatangan kami, adik berasa gembira walau pun ini bukanlah perkara biasa yang dia lihat. Adik aku sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum beredar dari situ bersama kami.

    Selepas sampai di rumah, aku telah menemani adikku membuat kerja sekolah di dalam biliknya. Sepanjang tempoh tersebut, adik aku melihat melihatku seperti sangat seronok. Malah kami berdua juga telah berborak tentang   perkembangan beberapa keluaran permainan video yang terkini.

    Waktu makan malam pun tiba. Nama aku dan adikku dipanggil oleh ibu dari tingkat bawah rumah untuk menjamu selera. Malam itu, ibu kami telah memasak daging masakan kegemaran adikku. Nampak berselera adik aku makan. Malah bapa aku yang sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap turut mempelawa adikku untuk mengambil daging yang dihidangkan kepadanya.

    "Adik nak ambil daging ayah ni, ambillah." kata bapaku.

    Sesudah habis makan malam, adikku pun memasang televisyen untuk menonton rancangan kartun yang dia sukai. Walau bagaimanapun, semua siaran di televisyen pada waktu tersebut hanyalah paparan ribut salji. Tidak lama kemudian, ibuku tiba-tiba telat merampas alat kawalan jauh televisyen daripada tanganku sambil tersenyum. Televisyen tersebut pun ditutup ibuku.

    "Ibu dah belikan kek untuk adik." kata ibuku.

    "Jom mandi sama-sama." Giliran bapaku yang bersuara.

    "Abang ada video game baru." Aku mencelah.

    Kami bertiga sama-sama tersenyum kepada adik. Melihat kami seperti itu, adikku yang nakal tersebut memberitahu bahawa dia ingin memasuki bilik mandi. Adikku bagaimanapun telah pergi bersembunyi di satu ruang kecil di dalam bilik tandas yang terletak di depan bilik mandi untuk mempermainkan kami seperti yang dia pernah lakukan.

***

    Bercerita semula tentang waktu petang kejadian di mana adikku bermain di taman permainan tersebut, aku termasuk ibu-bapaku tidak pergi pun ke sana. Apa yang berlaku pada waktu petang itu, adikku telah hilang selepas dia berlalu pergi dari taman permainan tersebut secara bersendirian. Rakan-rakannya memang tidak pernah melihat aku dan ibu-bapaku muncul di situ pada hari itu. Aku dan kedua-dua orang tuaku sebenarnya ada di rumah. Kami telah membuat laporan polis tentang kehilangan adikku selepas dia langsung tidak pulang ke rumah pada malam hari kejadian. Bapaku benar-benar panik manakala ibuku pula langsung tidak berhenti menangis. Sementara itu, aku sendiri telah berusaha pergi mencari sendiri adikku di taman permainan tersebut.

    Hinggalah satu ketika iaitu sewaktu pihak polis sedang menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan taman permainan itu, adikku tiba-tiba muncul dalam keadaannya sedang berlari laju sambil menangis teresak-esak. Kebetulan aku masih berada di kawasan berdekatan. Aku segera pergi ke arah adikku, lalu terus memeluknya. Bersyukurlah pada akhirnya adikku berjaya ditemui semula. Adikku telah menceritakan segala-gala kepada pihak polis mengenai apa yang sudah berlaku kepadanya. Cumanya pihak polis tidak mempercayai apa yang adikku ceritakan. Mereka beranggapan bahawa adikku telah sengaja melarikan diri dari rumah.  

    Cerita adikku iaitu sewaktu dia bersembunyi di dalam ruang kecil dalam tandas itu, dia mendengar bagaimana aku serta ibu-bapaku berulang kali menyebut,

    "Ibu dah belikan kek untuk adik."

    "Jom mandi sama-sama."

    "Abang ada video game baru."

    Saat tersebut, adikku menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dia tahu bahawa itu bukan abang, bukan ibu dan bukan juga bapanya yang sebenar.

    Detik paling mendebarkan apabila adikku terdengar bunyi pintu bilik mandi dipecahkan.

    "Ibu dah belikan kek untuk adik."

    "Jom mandi sama-sama."

    "Abang ada video game baru."

     Hanya setelah suara menakutkan tersebut semakin dekat, barulah adikku memberanikan diri untuk terjun dari tingkap bilik tandas itu. Adikku berlari selaju mungkin hinggalah dia sampai di taman permainan itu semula. Sejak insiden menakutkan tersebut, adikku akan memasang televisyen terlebih dahulu setiap kali pulang ke rumah bagi memastikan tiada apa-apa siaran ribut salji. Melihat muka adikku yang serius, aku tahu cerita tentang makhluk yang menyerupai wajah kami itu adalah benar.

Nota : Kisah ini adalah terjemahan daripada kisah asal Familyon Repeat

Catat Ulasan for "KISAH ITU BUKAN KELUARGA AKU!"