KISAH NF, GADIS PEMBUNUH YANG OBSES DENGAN FILEM SERAM
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2020 bertempat
di daerah Sawah Besar, Indonesia. Mangsa yang dibunuh adalah seorang
kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di mana dia dinamakan sebagai APA oleh
pihak media. Sementara itu, pembunuh APA pula merupakan seorang gadis remaja
berusia 15 tahun yang hanya dikenali sebagai NF. Apa yang benar-benar
mengejutkan ramai pihak, gadis tersebut dilaporkan melakukan pembunuhan kejam
tersebut akibat pengaruh dengan filem seram. Salah satu filem seram yang sering
ditontonnya adalah Slender Man.
Link Shopee : https://shope.ee/5UxLDHONXz |
Bercerita tentang hari kejadian, APA dikatakan telah datang ke rumah NF yang juga merupakan jirannya untuk bermain. Namun apa yang berlaku selepas itu, APA telah dilemaskan NF di dalam bilik mandi dan kemudian dicekik hingga kanak-kanak tidak berdosa tersebut tidak lagi bernyawa. Setelah APA mati, NF terus memasukkan mayatnya ke dalam almari di bilik tidurnya. Pada mulanya, NF berniat untuk membuang mayat APA. Walau bagaimanapun, NF terus membatalkan niatnya itu sesudah menyedari hari sudah pun lewat senja. Pada masa sama, ibu bapa APA mula berasa bimbang kerana anak kecil mereka masih lagi tidak pulangn ke rumah. Rentetan daripada perkara tersebut, mereka telah melaporkan kehilangan APA kepada ketua kampung.
Penduduk kampung seterusnya telah melancarkan gerakan mencari APA di kawasan kampung. Pencarian itu termasuklah di dalam bilik tidur NF. Malang sekali kerana almari dalam bilik tidur NF tersebut tidak diperiksa. Keesokan harinya yakni sewaktu NF dalam perjalanan ke sekolah, dia tiba-tiba telah membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak polis. Selepas pihak polis berkenaan mendengar pengakuan daripada NF, mereka pun segera pergi memeriksa di dalam almari yang dimaksudkan sebelum menemui mayat APA.
Link Shopee : https://shope.ee/9p6LoXSLAY |
Berdasarkan siasatan yang pihak polis jalankan, mereka mendapati NF merupakan seorang penggemar filem seram terutamanya filem Slender Man serta Chucky. Lagi dahsyat, NF juga mengaku bahawa dia sebelum ini memang sudah lama mempunyai keinginan untuk membunuh orang. Perkara ini bermaksud bahawa APA telah menjadi mangsa pembunuhan secara rawak pada hari kejadian. Sepanjang tempoh sesi soal siasat ke atas NF, dia didapati tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan atau reaksi bersalah. Malah NF kelihatan sangat tenang seolah-olah sudah berasa puas hati kerana dapat membunuh orang seperti diinginkan.
Disebabkan pihak polis ingin mengetahui latar belakang NF secara lebih lanjut, gadis itu telah disuruh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara fizikal dan mental. Hasil pemeriksaan tersebut agak mengejutkan kerana NF disahkan telah hamil. Apabila disiasat dengan terperinci mengenai perkara ini, NF rupa-rupanya pernah dirogol oleh tiga orang yang dia sangat percayai iaitu dua orang bapa saudara dan seorang teman lelakinya. Ketiga-tiga lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan. Pihak polis sebenar turut menemui lukisan Slender Man dan beberapa lagi lakaran karya NF yang menggambarkan emosinya.
Link Shopee : https://shope.ee/3VCGqD7m4n |
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, NF yang didapati bersalah atas dakwaan menyebabkan kematian APA telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.
Catat Ulasan for "KISAH NF, GADIS PEMBUNUH YANG OBSES DENGAN FILEM SERAM"