KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ELI HART
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada bulan Mei tahun 2022
bertempat di negara Amerika Syarikat. Eli Hart adalah seorang kanak-kanak
lelaki berusia 6 tahun yang digambarkan sebagai seorang periang, bertenaga
selain bercita-cita untuk menjadi anggota bomba apabila dewasa kelak. Tentang
ibu bapa Eli, mereka berdua telah pun bercerai. Bapa Eli bernama Tory manakala
ibunya pula dikenali sebagai Julissa Thaler. Mengenai Julissa, dia mempunyai
masalah ketagihan alkohol serta dadah yang teruk. Selain itu, Julissa juga ada
mengalami penyakit kemurungan dan kecelaruan personaliti.
Link Shopee : https://shope.ee/5Uxw0fvh6R Link Lazada : https://s.lazada.com.my/s.Ug5SQ |
Kisah sebenar bermula pada waktu siang 22 Mei 2022 apabila pihak polis telah menerima maklumat daripada saksi tentang sebuah kereta sedan jenis Chevy Impala yang mencurigakan diparkir berhampiran dengan tempat pembuangan sampah dengan keadaan cermin belakang pecah dan salah satu tayar kereta tersebut didapati pancit. Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Pemandu kereta Chevy Impala itu seterusnya dikenal pasti sebagai Julissa Thaler. Selepas melihat pihak polis melihat tangan Julissa Thaler yang berdarah, mereka mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Jadi hasil pemeriksaan lanjut pada but kereta tersebut membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki tidak lain tidak bukan adalah Eli.
Apa yang begitu sadis dalam kes ini adalah fakta di mana Eli sebenarnya telah mati akibat dibunuh oleh Julissa di dalam kereta berkenaan dengan cara tembakan menggunakan senapang. Lebih dahsyat, Eli ditembak Julissa dengan sembilan das tembakan jarak dekat. Julissa dipercayai membeli senapang itu kurang dari seminggu setelah dia mendapat tahu mengenai Torry yang telah memfailkan hak penjagaan terhadap Eli. Siasatan secara terperinci yang pihak polis jalankan turut mendapati Julissa ada melakukan pencarian maklumat di internet mengenai “dadah paling berkesan”, “bayaran pampasan insurans kanak-kanak” dan “berapa banyak darah kanak-kanak 6 tahun yang boleh hilang”.
Menerusi keterangan daripada teman lelaki Julissa tentang waktu sebelum kejadian, wanita tersebut sempat membawa Eli keluar pergi membeli-belah. Sesudah pasangan anak-beranak itu pulang semula ke rumah, kedua-dua mereka memakan pizza bersama-sama serta pada masa sama menonton filem. Pertengkaran antara mereka bagaimanapun mula terjadi apabila Julissa mula memarahi Eli berikutan anaknya itu enggan untuk tidur seperti yang telah disuruh. Julissa seterusnya telah membawa Eli keluar dari rumah sambil membawa senapang. Laporan ujian DNA mengesahkan kesan darah pada tangan dan baju Julissa pada hari kejadian adalah darah Eli.
Link Shopee : https://shope.ee/9p6vAiTlA1 Link Lazada : https://s.lazada.com.my/s.Ugimi |
Berhubung dengan perbicaraan kes pada bulan Februari 2023, Julissa telah menolak dua rundingan pertuduhan membuat pengakuan bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan peringkat kedua yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepadanya. Dia akhirnya didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama lalu dihukum penjara seumur hidup tanpa sebarang peluang pembebasan bersyarat. Sejurus Julissa mendengar keputusan hukuman penjara tersebut, dia berkata,
“Aku tak bersalah. Celakalah korang. Macam sampah.”
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ELI HART "