KISAH SERANGAN DAHSYAT BERUANG DI RUSIA
Kisah serangan beruang yang dahsyat ini berlaku di negara
Rusia pada sekitar tahun 2011. Kisah bermula apabila seorang wanita berusia 19
tahun yang bernama Olga Moskalyova sedang
memancing di satu kawasan sungai hutan bersama dengan bapa tirinya iaitu Igor
Tsyganenkov. Namun apa yang berlaku kemudian yakni sewaktu kedua-dua individu
tersebut sedang leka memancing, seekor beruang liar tiba-tiba muncul lalu menyerang
Igor hingga mati. Igor mati selepas lehernya patah manakala tengkoraknya pula
hancurr akibat diserang oleh beruang itu. Melihat Igor mati dalam keadaan ngeri
tersebut, Olga yang berasa sangat panik terus melarikan diri. Walau
bagaimanapun, beruang itu telah mengejar Olga.
Link Shopee : https://shope.ee/7A5cAZSBFY |
Malang tidak berbau apabila beruang tersebut dapat menangkap Olga. Beruang itu tidak terus membunuh Olga sebaliknya mengelilingi wanita berkenaan terlebih dahulu. Pada masa sama, Olga yang juga merupakan seorang ahli psikologi terlatih sempat untuk menghubungi ibunya selama beberapa kali. Menerusi panggilan telefon tersebut, ibu Olga yang dikenali sebagai Tatiana jelas mendengar suara anaknya itu menjerit meminta pertolongan dengan nada penuh ketakutan.
“Ibu! Saya akan dimakan beruang! Tolong saya!”
Pada mulanya,
Tatiana beranggapan bahawa Olga sekadar berjenaka. Namun hanya setelah
mendengar suara beruang tersebut dengan jelas di dalam telefon, Tatiana
menyedari Olga sedang dalam keadaan bahaya. Tatiana seterusnya cuba untuk menelefon
Igor tanpa menyedari suaminya itu sudah pun mati. Disebabkan panggilan telefon
yang dibuat kepada Igor tidak berjawab, Tatiana yang enggan untuk melengahkan
masa telah membuat laporan kepada pihak polis tentang insiden serangan tersebut
serta menyuruh mereka pergi lokasi kejadian dengan kadar segera.
Link Shopee : https://shope.ee/89y9MIQzkO |
Sewaktu Tatiana mengangkat panggilan telefon daripada Olga buat kali kedua, dia mendengar suara Olga yang kedengaran semakin lemah.
“Ibu, beruang itu datang lagi. Kali ini
bersama dengan tiga ekor anaknya. Semua beruang tersebut akan memakan saya.” Rintih Olga yang sedang kesakitan.
Panggilan terakhir
daripada Olga sememangnya benar-benar menyedihkan. Olga tahu dia akan pergi
buat selama-lamanya.
“Ibu, beruang itu sudah tidak menyerang. Rasa
sakit pun tiada. Ibu, maafkan saya untuk segala-galanya, saya sayangkan awak.” Panggilan terputus.
Sesudah pihak polis tiba sampai di lokasi kejadian, mereka mendapati beruang tersebut masih bermain dengan tubuh Igor. Beruang dan tiga ekor anak beruang itu bagaimanapun akhirnya mati dibunuh oleh seramai enam orang pemburu khas yang dihantar oleh pasukan kecemasan. Sementara itu, Tatiana tidak dapat untuk menahan sebak atas apa yang telah berlaku kepada suami serta anaknya.
“Anak saya bukan saja seorang yang periang, malah begitu penyayang dan peramah kepada semua orang. Dia baru saja menamatkan pengajian di sekolah muzik tempatnya belajar. Olga juga baru mendapat lesen memandu kereta pada beberapa hari sebelum inisiden serangan beruang ini berlaku.”
Catat Ulasan for "KISAH SERANGAN DAHSYAT BERUANG DI RUSIA"