KISAH SIAPA WANITA YANG KETUK PINTU APARTMENT AKU? (VERSI I)
Gambar sekadar hiasan |
Minggu itu adalah minggu pertama aku menyewa apartment ini.
Aku terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri serta anak-anakku atas faktor
tuntutan kerja. Aku juga memilih untuk menyewa apartment tingkat empat ini
kerana jarak yang begitu dekat dengan tempat kerjaku. Isteriku sebelum ini juga
pernah memberikan cadangan supaya menyewa bilik saja atau berkongsi sewa satu
rumah dengan penyewa lain sebagai langkah penjimatan kewangan. Walau bagaimanapun,
aku tidak bersetuju kerana aku lebih gemarkan privasi selain mementingkan
keselesaan. Oh ya, aku mendapat tahu tentang apartment aku sewa ini melalui
iklan di internet.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2fg8ANpU |
Dijadikan cerita iaitu pada satu petang, aku terus pulang ke apartment seperti kebiasaannya selepas tamat waktu bekerja. Sewaktu aku sedang leka bermain telefon di dalam bilik tidur, tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu masuk diketuk secara berulang kali.
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
Mendengar ketukan tersebut, aku yang tidak mengesyaki
apa-apa bangun lalu pergi ke arah pintu masuk itu. Pintu tersebut tidak terus
dibuka. Aku sebaliknya sekadar mengintai dari lubang kecil pada pintu itu untuk
melihat siapa yang telah datang. Peliknya tiada sesiapa pun yang berada di
luar. Jadi aku beranggapan mungkin bunyi ketukan yang aku dengar tersebut
adalah sama ada bunyi dari pintu apartment jiran sebelah atau kanak-kanak nakal
yang sedang cuba mengusikku. Cuma apabila difikirkan balik, aku tidak pernah
melihat kanak-kanak pun yang bermain di kawasan blok apartmentku. Kebanyakan jiran-jiran
di sekeliling pula lebih gemar untuk membuat hal sendiri berbanding
bertegur-sapa. Aku tidak kisah pun sebab aku sendiri pun jenis tidak bergaul
sangat dengan orang.
Link Shopee : https://shope.ee/8pDrtBpjt3 |
Aku mengabaikan saja bunyi ketukan pintu itu. Namun sewaktu aku berpatah balik menuju ke bilik tidur, sekali lagi aku terdengar bunyi pintu apartment diketuk.
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
Aku menarik nafas, menahan sabar. Aku pun memusingkan badan
lalu pergi semula ke arah pintu masuk. Aku pun mengintai. Sama, tak ada orang.
Aku jadi pelik tetapi pada masa sama berasa sedikit geram. Aku pun membuka
pintu tersebut.
Toleh kanan, toleh kiri, memang tak ada orang pun dekat
luar. Keadaan sunyi sepi. Walaupun bulu romaku mula naik meremang, aku tetap
tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku masuk semula ke dalam rumah dan mengunci
pintu.
Pada malam hari yang sama yakni sekitar jam 11.45 malam, aku
telah terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi pintu masuk apartmentku
diketuk dengan begitu kuat. Bunyi ketukan yang sama seperti ketukan pada waktu
petang itu.
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
Tanpa berlengah, aku terus berdiri. Baru saja melangkah
keluar dari bilik tidur, pintu berhenti diketuk. Entah kenapa aku jadi
berpeluh.
“Awak...bukalah pintu ni.
Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...” Kedengaran suara seorang
wanita yang sedang menangis teresak-esak di luar pintu tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/20NXkhnXcW |
Aku terdiam, takut. Tak tahu nak buat apa. Serius, aku memang tidak mengenali pun pemilik suara itu. Gila apa, sudahlah tengah malam buta. Entah betul manusia, entah hantu. Apa yang pasti, suara wanita tersebut memang betul-betul menakutkanku.
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
“Awak...bukalah pintu ni.
Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...”
Aku tak berani nak keluar. Apa yang aku buat? Masuk semula
ke dalam bilik tidur, sumbat earphone pada kedua-dua telingaku. Aku mendengar
lagu dengan muzik dipasang kuat. Malam tersebut, mataku langsung tak boleh nak
tidur sampai keesokan paginya.
Jam menunjukkan sudah pukul 6.30 pagi. Selesai mandi dan
berkemas, aku bergegas ke luar rumah. Biasanya aku turun kerja pada jam 7.00
pagi. Pagi itu bagaimanapun aku sengaja keluar awal semata-mata untuk
bertembung dengan jiran sebelah apartmentku yang biasa memang keluar bekerja
pada jam tersebut. Aku cuma nak pastikan sama ada jiranku itu ada terdengar
sama tak bunyi ketukan pintu dan suara wanita yang menakutkan tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2ffOp6KG |
Setelah menunggu berapa minit, barulah jiran lelakiku muncul dari apartmentnya. Aku pun menegurnya dengan muka yang tebal.
“Pergi kerja?” Tegurku.
“Ya.” Jawab lelaki tersebut dengan ringkas. Mukanya nampak
serius seakan malas untuk menjawab pertanyaanku.
“Encik, saya nak tanya
sikit.” Aku berterus-terang.
“Apa dia?” Balas
lelaki itu.
“Waktu petang dan semalam...
encik ada terdengar bunyi pintu rumah saya ni diketuk? Bunyi ketuk tu memang
kuat.”
Dia geleng kepala.
“Suara perempuan
menangis?”
Lelaki tersebut sekali lagi menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa?” Soal
lelaki tersebut dengan agak kehairanan.
“Tak ada apa encik.
Terima kasih ya.”
Sesi perbualan kami terhenti setakat itu saja sebelum
masing-masing beredar untuk memulakan hari tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/2VJoL4YYrJ |
Sewaktu di pejabat, aku telah menceritakan kepada isteriku mengenai gangguan itu melalui panggilan telefon. Isteriku sempat tergelak kerana dia langsung tidak menyangka aku adalah seorang penakut di sebalik karakterku yang tegas terhadap anak-anak. Isteri aku telah menyuruhku untuk meletakkan sepinggan garam di kawasan pintu apartment pada waktu malam.
“Kenapa nak letak
garam?” Aku tertanya-tanya.
“Tak apa. Abang letak
je dulu malam ni. Letak dari dalam, bukan luar pintu okay. Esok beritahu dekat
sayang apa yang jadi dekat garam tu. Ayah dulu biasa buat macam tu kalau ada
gangguan aneh yang berlaku dekat rumah.” Pesan isteriku.
Maka sebelum tidur waktu malam tersebut, aku pergi meletakkan
sepinggan garam pada bawah pintu seperti yang telah disuruh oleh isteriku. Aku turut
mengambil pendekatan untuk memasang CCTV di bahagian dinding atas luar pintu
apartmentku. CCTV yang boleh dihubungkan terus dengan telefon.
Selesai berbuat sedemikian, aku pun pergi melelapkan mata.
Jam 1.15 pagi. Aku terjaga.
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
“Awak...bukalah pintu ni.
Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...”
Bunyi ketukan dan suara wanita itu telah muncul.
Aku yang sudah menggeletar satu badan terus mengambil
telefonku lalu membuka aplikasi CCTV. Menerusi paparan skrin pada telefonku,
aku jelas dapat melihat ada wanita berambut panjang hingga mencecah tumit kakinya
serta berpakaian serba hitam sedang berdiri di luar apartment sambil tangan
kanannya mengetuk pintu tanpa henti. Wanita itu kemudian perlahan-lahan
mendongakkan kepalanya ke atas, memandang tepat ke arah CCTV. Melihat wajahnya
yang begitu ngeri, aku berasa sangat takut hingga memaksaku segera untuk memadam
telefon. Aku yakin wanita yang mengangguku tersebut adalah hantu. Kedua-dua
matanya nampak putih saja. Mukanya pula berlubang sana-sini. Aku juga sempat
melihat bagaimana wanita tersebut telah menjelirkan lidahnya yang pendek seakan
sudah dikerat.
“Awak...bukalah pintu ni!
Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu..!” Aku dapat mendengar bagaimana
suara wanita itu tiba-tiba berubah menjadi garau. Sama seperti yang telah
lakukan waktu sebelumnya, aku meletakkan earphone pada telinga kanan dan
kiriku. Aku menutup seluruh badanku dengan selimut. Mataku dipejam tanpa tidur
hinggalah matahari terbit.
Link Shopee : https://shope.ee/8euRgVMCjh |
Pagi itu, aku melihat garam atas pinggan yang aku telah letakkan pada malam itu bertukar menjadi kehitaman. Hanya selepas sampai di pejabat, barulah aku menelefon isteriku. Aku ceritakan segala-galanya termasuklah kecuali tentang rakaman CCTV tersebut. Sebab apa? Sebab semasa aku cuba mainkan semula rakaman pada waktu yang menunjukkan kemunculan hantu wanita itu, entah kenapa rakaman tersebut kosong belaka. Perkara ini bermaksud tiada sebarang rakaman yang menunjukkan hantu wanita tersebut mengetuk pintu atau memandang CCTV. Isteriku sebenarnya sudah pun bercerita kepada bapanya berkenaan dengan gangguan aku alami itu. Memandangkan garam tersebut telah berubah menjadi hitam, bapa mentuaku berpesan supaya aku berpindah saja dari apartment itu kerana gangguan tersebut akan berlaku secara berterusan di kawasan itu. Menurutnya, tiada sebarang cara untuk menghentikan gangguan daripada hantu wanita tersebut. Aku sendiri tidak diberitahu mengenai kaitan perubahan warna garam itu dengan gangguan makhluk halus.
Aku pasrah. Bagi mengelakkan keadaaan bertambah menjadi
lebih buruk pada masa akan datang, aku membuat keputusan untuk berpindah dari
apartment itu dan mencari rumah sewa yang lain. Sesudah aku memaklumkan kepada lelaki
pemilik apartment tersebut tentang perkara berkenaan, dia telah mengajakku
untuk bersemuka. Kami berdua memang tidak pernah berjumpa kerana urusan
kemasukan apartment itu sebelum ini diuruskan sepenuhnya oleh ejen. Aku yakin
pemilik apartment tersebut cuba meminta penjelasan berhubung punca sebenar aku
tiba-tiba ingin berpindah sedangkan tempoh sewaan belum lagi sampai sebulan.
Aku dan pemilik apartment itu telah bersepakat untuk
berjumpa di sebuah restoran. Ternyata tepat sekali sangkaanku. Lelaki tersebut
ingin tahu cerita yang sebenar daripada mulutku sendiri. Apabila aku
menceritakan perkara sebenar, reaksi lelaki itu benar-benar terkejut akan
tetapi nampak masih ragu-ragu. Dia memberitahuku mengenai tiga orang penyewa
sebelum ini yang tinggal di apartment tersebut tanpa sebarang masalah apatah
lagi menerima gangguan seperti aku alami. Katanya apa yang membezakan ketiga-tiga
penyewa tersebut adalah mereka menetap di apartment itu dengan keluarga mereka berbanding
aku yang menyewa bersendirian. Sebelum berpisah, lelaki pemilik apartment
tersebut ada memaklumkan kepadaku bahawa selepas ini dia akan menyewakan
apartment itu kepada mereka yang sudah bekeluarga saja kerana enggan insiden
sama kembali berulang.
Link Shopee : https://shope.ee/3VCGqD7m4n |
Aku seterusnya telah menyewa di sebuah apartment lain. Di situ aku tinggal dengan selesa dan aman tanpa perlu lagi hidup dalam ketakutan. Meskipun punca sebenar aku diganggu oleh hantu wanita tersebut masih lagi kekal menjadi misteri, jauh di sudut hatiku, aku sentiasa berharap penyewa baru di aparment itu tidak diganggu seperti aku.
-TAMAT-
Catat Ulasan for "KISAH SIAPA WANITA YANG KETUK PINTU APARTMENT AKU? (VERSI I)"