KISAH SIAPA WANITA YANG KETUK PINTU APARTMENT AKU? (VERSI II)
Gambar sekadar hiasan |
Minggu itu adalah minggu pertama aku menyewa apartment ini. Aku terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri serta anak-anakku atas faktor tuntutan kerja. Aku juga memilih untuk menyewa apartment tingkat empat ini kerana jarak yang begitu dekat dengan tempat kerjaku. Isteriku sebelum ini juga pernah memberikan cadangan supaya menyewa bilik saja atau berkongsi sewa satu rumah dengan penyewa lain sebagai langkah penjimatan kewangan. Walau bagaimanapun, aku tidak bersetuju kerana aku lebih gemarkan privasi selain mementingkan keselesaan. Oh ya, aku mendapat tahu tentang apartment aku sewa ini melalui iklan di internet.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2fg8ANpU |
Dijadikan cerita iaitu pada satu petang, aku terus pulang ke apartment seperti kebiasaannya selepas tamat waktu bekerja. Sewaktu aku sedang leka bermain telefon di dalam bilik tidur, tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu masuk diketuk secara berulang kali.
Tok tok tok. Tok tok tok. Tok tok tok.
Mendengar ketukan tersebut, aku yang tidak mengesyaki apa-apa bangun lalu pergi ke arah pintu masuk itu. Pintu tersebut tidak terus dibuka. Aku sebaliknya sekadar mengintai dari lubang kecil pada pintu itu untuk melihat siapa yang telah datang. Peliknya tiada sesiapa pun yang berada di luar. Jadi aku beranggapan mungkin bunyi ketukan yang aku dengar tersebut adalah sama ada bunyi dari pintu apartment jiran sebelah atau kanak-kanak nakal yang sedang cuba mengusikku. Cuma apabila difikirkan balik, aku tidak pernah melihat kanak-kanak pun yang bermain di kawasan blok apartmentku. Kebanyakan jiran-jiran di sekeliling pula lebih gemar untuk membuat hal sendiri berbanding bertegur-sapa. Aku tidak kisah pun sebab aku sendiri pun jenis tidak bergaul sangat dengan orang.
Link Shopee : https://shope.ee/8pDrtBpjt3 |
Aku mengabaikan saja bunyi ketukan pintu itu. Namun sewaktu aku berpatah balik menuju ke bilik tidur, sekali lagi aku terdengar bunyi pintu apartment diketuk.
Tok tok tok. Tok tok tok. Tok tok tok.
Aku menarik nafas, menahan sabar. Aku pun memusingkan badan lalu pergi semula ke arah pintu masuk. Aku pun mengintai. Sama, tak ada orang. Aku jadi pelik tetapi pada masa sama berasa sedikit geram. Aku pun membuka pintu tersebut.
Toleh kanan, toleh kiri, memang tak ada orang pun dekat luar. Keadaan sunyi sepi. Walaupun bulu romaku mula naik meremang, aku tetap tak nak fikir yang bukan-bukan. Aku masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu.
Pada malam hari yang sama yakni sekitar jam 11.45 malam, aku telah terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi pintu masuk apartmentku diketuk dengan begitu kuat. Bunyi ketukan yang sama seperti ketukan pada waktu petang itu.
Tok tok tok. Tok tok tok. Tok tok tok.
Tanpa berlengah, aku terus berdiri. Baru saja melangkah keluar dari bilik tidur, pintu berhenti diketuk. Entah kenapa aku jadi berpeluh.
“Awak...bukalah pintu ni. Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...” Kedengaran suara seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak di luar pintu tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/20NXkhnXcW |
Aku terdiam, takut. Tak tahu nak buat apa. Serius, aku memang tidak mengenali pun pemilik suara itu. Gila apa, sudahlah tengah malam buta. Entah betul manusia, entah hantu. Apa yang pasti, suara wanita tersebut memang betul-betul menakutkanku.
Tok tok tok. Tok tok tok. Tok tok tok.
“Awak...bukalah pintu ni. Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...”
Aku tak berani nak keluar. Apa yang aku buat? Masuk semula ke dalam bilik tidur, sumbat earphone pada kedua-dua telingaku. Aku mendengar lagu dengan muzik dipasang kuat. Malam tersebut, mataku langsung tak boleh nak tidur sampai keesokan paginya.
Jam menunjukkan sudah pukul 6.30 pagi. Selesai mandi dan berkemas, aku bergegas ke luar rumah. Biasanya aku turun kerja pada jam 7.00 pagi. Pagi itu bagaimanapun aku sengaja keluar awal semata-mata untuk bertembung dengan jiran sebelah apartmentku yang biasa memang keluar bekerja pada jam tersebut. Aku cuma nak pastikan sama ada jiranku itu ada terdengar sama tak bunyi ketukan pintu dan suara wanita yang menakutkan tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2ffOp6KG |
Setelah menunggu berapa minit, barulah jiran lelakiku muncul dari apartmentnya. Aku pun menegurnya dengan muka yang tebal.
“Pergi kerja?” Tegurku.
“Ya.” Jawab lelaki tersebut dengan ringkas. Mukanya nampak serius seakan malas untuk menjawab pertanyaanku.
“Encik, saya nak tanya sikit.” Aku berterus-terang.
“Apa dia?” Balas lelaki itu.
“Waktu petang dan semalam... encik ada terdengar bunyi pintu rumah saya ni diketuk? Bunyi ketuk tu memang kuat.”
Dia geleng kepala.
“Suara perempuan menangis?”
Lelaki tersebut sekali lagi menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa?” Soal lelaki tersebut dengan agak kehairanan.
“Tak ada apa encik. Terima kasih ya.”
Sesi perbualan kami terhenti setakat itu saja sebelum masing-masing beredar untuk memulakan hari tersebut.
Link Shopee : https://shope.ee/2VJoL4YYrJ |
Sewaktu di pejabat, aku telah menceritakan kepada isteriku mengenai gangguan itu melalui panggilan telefon. Isteriku sempat tergelak kerana dia langsung tidak menyangka aku adalah seorang penakut di sebalik karakterku yang tegas terhadap anak-anak. Isteri aku telah menyuruhku untuk meletakkan sepinggan garam di kawasan pintu apartment pada waktu malam.
“Kenapa nak letak garam?” Aku tertanya-tanya.
“Tak apa. Abang letak je dulu malam ni. Letak dari dalam, bukan luar pintu okay. Esok beritahu dekat sayang apa yang jadi dekat garam tu. Ayah dulu biasa buat macam tu kalau ada gangguan aneh yang berlaku dekat rumah.” Pesan isteriku.
Maka sebelum tidur waktu malam tersebut, aku pergi meletakkan sepinggan garam pada bawah pintu seperti yang telah disuruh oleh isteriku. Aku turut mengambil pendekatan untuk memasang CCTV di bahagian dinding atas luar pintu apartmentku. CCTV yang boleh dihubungkan terus dengan telefon.
Selesai berbuat sedemikian, aku pun pergi melelapkan mata.
Jam 1.15 pagi. Aku terjaga.
Tok tok tok. Tok tok tok. Tok tok tok.
“Awak...bukalah pintu ni. Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...”
Bunyi ketukan dan suara wanita itu telah muncul.
Aku yang sudah menggeletar satu badan terus mengambil telefonku lalu membuka aplikasi CCTV. Menerusi paparan skrin pada telefonku, aku jelas dapat melihat ada wanita berambut panjang hingga mencecah tumit kakinya serta berpakaian serba hitam sedang berdiri di luar apartment sambil tangan kanannya mengetuk pintu tanpa henti. Wanita itu kemudian perlahan-lahan mendongakkan kepalanya ke atas, memandang tepat ke arah CCTV. Melihat wajahnya yang begitu ngeri, aku berasa sangat takut hingga memaksaku segera untuk memadam telefon. Aku yakin wanita yang mengangguku tersebut adalah hantu. Kedua-dua matanya nampak putih saja. Mukanya pula berlubang sana-sini. Aku juga sempat melihat bagaimana wanita tersebut telah menjelirkan lidahnya yang pendek seakan sudah dikerat.
“Awak...bukalah pintu ni! Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu..!” Aku dapat mendengar bagaimana suara wanita itu tiba-tiba berubah menjadi garau. Sama seperti yang telah lakukan waktu sebelumnya, aku meletakkan earphone pada telinga kanan dan kiriku. Aku menutup seluruh badanku dengan selimut. Mataku dipejam tanpa tidur hinggalah matahari terbit.
Link Shopee : https://shope.ee/8euRgVMCjh |
Pagi itu, aku melihat garam atas pinggan yang aku telah letakkan pada malam itu bertukar menjadi kehitaman. Hanya selepas sampai di pejabat, barulah aku menelefon isteriku. Aku ceritakan segala-galanya termasuklah kecuali tentang rakaman CCTV tersebut. Sebab apa? Sebab semasa aku cuba mainkan semula rakaman pada waktu yang menunjukkan kemunculan hantu wanita itu, entah kenapa rakaman tersebut kosong belaka. Perkara ini bermaksud tiada sebarang rakaman yang menunjukkan hantu wanita tersebut mengetuk pintu atau memandang CCTV. Isteriku sebenarnya sudah pun bercerita kepada bapanya berkenaan dengan gangguan aku alami itu. Memandangkan garam tersebut telah berubah menjadi hitam, bapa mentuaku berpesan supaya aku berpindah saja dari apartment itu kerana gangguan tersebut akan berlaku secara berterusan di kawasan itu. Menurutnya, tiada sebarang cara untuk menghentikan gangguan daripada hantu wanita tersebut. Aku sendiri tidak diberitahu mengenai kaitan perubahan warna garam itu dengan gangguan makhluk halus.
Aku pasrah. Bagi mengelakkan keadaaan bertambah menjadi lebih buruk pada masa akan datang, aku membuat keputusan untuk berpindah dari apartment itu dan mencari rumah sewa yang lain. Sesudah aku memaklumkan kepada lelaki pemilik apartment tersebut tentang perkara berkenaan, dia telah mengajakku untuk bersemuka. Kami berdua memang tidak pernah berjumpa kerana urusan kemasukan apartment itu sebelum ini diuruskan sepenuhnya oleh ejen. Aku yakin pemilik apartment tersebut cuba meminta penjelasan berhubung punca sebenar aku tiba-tiba ingin berpindah sedangkan tempoh sewaan belum lagi sampai sebulan.
Aku dan pemilik apartment itu telah bersepakat untuk berjumpa di sebuah restoran. Ternyata tepat sekali sangkaanku. Lelaki tersebut ingin tahu cerita yang sebenar daripada mulutku sendiri. Apabila aku menceritakan perkara sebenar, reaksi lelaki itu benar-benar terkejut. Dia berterus-terang juga dekat situ di mana dia memberitahu bahawa penyewa apartment sebelum ini telah dipenjarakan atas kesalahan membunuh teman wanitanya dengan cara cekikan. Lokasi kejadian pembunuhan itu bagaimanapun berlaku di tempat lain, bukan di apartment sewaku itu. Beberapa hari sebelum wanita tersebut dibunuh, dia beberapa kali datang ke apartment tersebut untuk meminta maaf kepada teman lelakinya kerana telah berlaku curang. Berkali-kali wanita berkenaan mengetuk pintu serta merayu untuk dimaafkan namun tidak dilayan langsung oleh teman lelakinya itu.
Lelaki pemilik apartment berkenaan tidak menolak sebarang
kemungkinan bahawa hantu wanita yang selalu datang ke mengetuk pintu tersebut
adalah wanita seperti yang dia telah ceritakan. Setelah mendengar cerita itu,
mungkin ada benarnya juga. Boleh jadi hantu wanita itu masih terperangkap di
luar apartment tersebut. Aku yang kebetulan menyewa di situ mungkin disangka
sebagai teman lelakinya. Sebelum berpisah, lelaki pemilik apartment itu sempat
memberitahuku bahawa dia tidak akan sesekali lagi menyewakan apartment tersebut
kepada orang lain bagi mengelakkan kejadian sama kembali berulang. Mengikut
perancangannya, apartment itu akan akan dijual tetapi bukan pada waktu
terdekat.
Link Shopee : https://shope.ee/3VCGqD7m4n |
Aku seterusnya telah menyewa di sebuah apartment kawasan tempat lain, seorang diri. Waktu malam pertama di apartment tersebut aku habis untuk mengemas pakaian serta perabot. Habis mengemas, aku berbaring di ruang tamu kerana terlampau kepenatan. Belum sempat aku terlelap...
Tok tok tok. Tok tok
tok. Tok tok tok.
Bunyi pintu apartment diketuk. Mataku terus menjadi segar,
nafasku pula semakin laju.
“Awak...bukalah pintu ni.
Saya benar-benar minta maaf..wuwuwu...wuwuwu...”
Tidak, tidak, tidak.
-TAMAT-
Catat Ulasan for "KISAH SIAPA WANITA YANG KETUK PINTU APARTMENT AKU? (VERSI II)"