Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KRONOLOGI PENUH KES PEMBUNUHAN ABBY CHOI

    Siapa sebenarnya Abby Choi? Wanita cantik berusia 28 tahun ini merupakan seorang sosialit, model dan pempengaruh terkenal Hong Kong yang berasal daripada keluarga kaya-raya. Selain menjadi peserta tetap untuk acara Minggu Fesyen Perancis, wajah Abby juga kerap muncul dalam majalah fesyen popular seperti Elle, Vogue dan Harper’s Bazaar. Pada awal bulan Februari 2023, Abby telah dipilih untuk menjadi penghias kulit majalah L’Officiel Monaco. Pendapatan tahunan Abby dilaporkan mencecah hingga HK$100 juta (RM77 juta). Abby juga adalah rakan baik kepada Moka Fang yang juga merupakan isteri kepada Aaron Kwok, artis terkenal Hong Kong.

    Tentang kehidupan peribadi Abby, dia berkahwin pada usia muda iaitu sewaktu baru berusia 18 tahun dengan mengahwini seorang lelaki sebaya bernama Alex Kwong. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu mempunyai dua orang anak bersama yakni seorang lelaki serta seorang perempuan. Abby dan Alex bagaimanapun bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama. Pada tahun 2014 hingga 2015, Alex telah melakukan jenayah penipuan pelaburan emas di mana dia mengaut wang keuntungan sebanyak HK$5 juta (sekitar RM2 juta) daripada mangsa yang ditipunya. Selain itu, Alex pernah dihadapkan ke mahkamah pada tahun 2016 atas kes hutangnya yang berjumlah HK$1.2 juta (sekitar RM600 000).

    Tahun 2016, Abby sekali lagi berkahwin. Kali ini Abby bergelar sebagai isteri kepada seorang lelaki jutawan dikenali sebagai Tam Chuk Kwan atau Chris. Seperkara harus diketahui, bapa Chris adalah seorang pengasas rangkaian restoran makanan segera di Hong Kong yang beroperasi di tanah besar China. Abby kemudian telah melahirkan dua orang anak Chris. Dua orang anak hasil perkahwinan Abby dengan Alex sebelum ini dijaga oleh Abby dan Chris sendiri. Walaupun sudah bercerai dengan Alex, Abby masih menjaga hubungan dengan bekas suami termasuk bekas keluarga mentuanya itu. Perkara ini bermaksud Abby tidak pernah memusuhi mereka yang masih dianggap seperti keluarga sendiri. Malah wang perbelanjaan kehidupan seharian Alex dan keluarganya telah ditanggung sepenuhnya oleh Abby. Malah Abang Alex merangkap bekas abang ipar Abby yang berusia 31 tahun iaitu Anthony Kwong diupah Abby untuk menjadi pemandu peribadinya.

Link Shopee : https://shope.ee/7KPfrbIUqH

    Kisah menghilangnya Abby bermula pada 21 Februari 2023 bersamaan dengan hari Selasa. Laporan kehilangan Abby tersebut dibuat oleh keluarganya setelah dia tidak muncul untuk mengambil anak perempuannya di sekolah. Difahamkan kali terakhir Abby dilihat, dia berpakaian serba putih selain membawa tas tangan berwarna ungu. Individu terakhir yang dilihat bersama Abby pada hari kejadian tidak lain tidak bukan Anthony. Selepas pihak polis menyoal siasat Anthony serta ibu bapanya, keterangan yang mereka berikan adalah begitu meragukan. Siasatan secara lebih terperinci daripada pihak polis menunjukkan kereta yang dipandu Anthony pada hari kejadian telah menuju ke sebuah rumah tiga tingkat berlokasi di Tai Po’s Lung Mei Tsuen, kira-kira 18 batu jauhnya dari pusat bandar. Rumah yang cuma dilengkapi dengan peti sejuk, sofa serta beberapa perabot kecil itu baru saja disewa oleh Kwong Kau.

    Semasa serbuan di rumah tersebut dilakukan oleh pihak polis, mereka telah menemui beberapa barangan peribadi milik Abby seperti kad pengenalan, kad kredit dan lain-lain. Peti sejuk diperiksa. Hasilnya, terdapat kaki manusia di dalam peti sejuk tersebut. Saat ini, pihak polis sudah berasa yakin kaki manusia itu adalah kaki Abby yang dibunuh dengan cara kanibalisme. Apabila pihak polis melihat dua periuk sup besar di rumah tersebut, mereka tahu apa yang ada dalam periuk sup itu sudah pasti mengandungi kandungan mengerikan. Rentetan daripada penemuan tersebut, kedua-dua periuk sup itu terus dibawa ke tempat ujian pemeriksaan forensik. Pada masa sama, pihak polis telah menangkap ibu, bapa serta abang Alex kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Abby. Lain-lain penemuan di rumah tersebut  adalah beberapa peralatan untuk mengerat seperti gergaji elektrik, pengisar daging terancang.  Bagaimana pula dengan Alex? Dia telah menghilangkan diri sekaligus memaksa pihak polis memulakan operasi pemburuannya.

Link Shopee : https://shope.ee/7Uj640Oa6z

    Berbalik dengan cerita periuk sup, salah satu periuk sup itu disahkan mengandungi kepala, sisa daging dan bahagian rusuk Abby. Walau bagaimanapun, ujian DNA serta rekod pergigian akan dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. Kedua-dua dalam periuk sup tersebut juga didapati mempunyai campuran lobak hijau dan lobak merah. Pakar forensik tidak menolak kemungkinan bahawa lubang kecil yang dikesan pada belakang tengkorak Abby adalah penyebab utama kematiannya. Hingga setakat artikel ini ditulis, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi pencarian tangan serta badan Abby di lokasi tertentu dengan menggunakan dron, anjing pengesan dan khidmat pasukan penyelam khas Hong Kong.

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Menerusi risikan dan maklumat yang pihak polis perolehi, mereka akhirnya berjaya menangkap Alex di sebuah terminal feri Pulau Lantau pada 25 Februari 2023. Sewaktu penangkapan tersebut dibuat, Alex dipercayai sedang dalam usahanya untuk melarikan diri dari Hong Kong dengan menggunakan bot. Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak HK$500 000 (sekitar RM200 000) dan beberapa utas jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (sekitar RM17 juta) daripada Alex.

    Maka dengan tertangkapnya Alex telah menjadikan suspek pembunuhan Abby ini adalah seramai lima orang. Mereka adalah Kwong Kau (bekas bapa mentua Abby) sebagai dalang utama, Alex (bekas suami Abby), Anthony (bekas abang ipar Abby), Jenny Li (bekas ibu mentua Abby) dan Ng. Siapa pula Ng? Secara ringkasnya, dia merupakan kekasih gelap kepada Kwong Kau yang bekerja sebagai tukang urut. Berdasarkan info, Ng yang berusia 47 tahun telah menjalinkan hubungan dengan Kwong Kau sejak dari enam bulan lepas. Dialah yang dikatakan menguruskan hal sewaan rumah tempat sisa mayat Abby ditemui. Kwong Kau, Alex dan Anthony berdepan dengan dakwaan melakukan pembunuhan. Sementara itu, Jenny yang pernah diisytiharkan bangkrap pada tahun 2017 didakwa menghalang keadilan iaitu memberikan keterangan palsu kepada pihak polis.

Link Shopee : https://shope.ee/1q4jJfzjW8
\

    Soal bagaimana Abby mati, dia berkemungkinan dipukul di dalam kereta pada hari kejadian sebelum dibunuh serta dikerat mayatnya di rumah tersebut. Berhubung dengan motif, pihak polis mempercayai bahawa pembunuhan Abby yang didalangi oleh Kwong Kau itu adalah disebabkan pertikaian dan perebutan harta. Perbicaraan kes Abby ini akan dilanjutkan pada bulan Mei kelak. Buat masa sekarang, Kwong Kau, Alex dan Anthony tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Catat Ulasan for "KRONOLOGI PENUH KES PEMBUNUHAN ABBY CHOI"