Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KAIN KUNING DALAM TAS TANGAN

Gambar sekadar hiasan

    Seingat aku, kisah ini berlaku sewaktu aku berusia 14 tahun. Kejadian yang tidak akan aku pernah lupa sampai bila-bila.

    Setiap kali cuti persekolahan bermula, aku mesti berasa gembira. Manakan tidak, waktu cuti itulah aku bebas untuk melakukan apa-apa saja. Maklumlah tiada kerja rumah dan boleh menonton kartun di televisyen tanpa mendengar sebarang bebelan daripada ibuku. Paling aku suka, pergi meronda sekeliling kampung pada setiap malam dengan menunggang motosikal bapaku. Lagipun keluargaku menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual minyak petrol dalam botol. Jadi soal minyak motosikal, tiada apa yang perlu aku fikirkan. Kebiasaannya aku akan meronda dalam kampung bersama dengan rakan baikku bernama Haikal yang menjadi pembonceng.

Link Shopee : https://shope.ee/8evMnJ6B3w

    Pada satu malam, aku dan Haikal pun pergi meronda seperti kebiasaannya. Sewaktu melalui sebuah kawasan yang berdekatan dengan jalan raya, Haikal secara tidak sengaja telah terjumpa satu tas tangan berwarna hitam betul-betul di tengah jalan. Selepas diperiksa, tas tangan tersebut didapati mengandungi wang tunai berjumlah sekitar RM300 namun tidak mempunyai sebarang identiti pengenalan. Meloncat terus Haikal. Niatnya tidak lain tidak bukan untuk mengambil terus wang tunai itu. Aku pun sama. Jadi kami pun membahagikan wang tunai tersebut secara sama rata. Setelah wang tunai itu dibahagi, tas tangan tersebut terus aku buang ke dalam semak-samun. Kami berdua sebelum itu turut menemui satu benda aneh yang ada dalam tas tangan tersebut. Benda itu adalah kain berwarna kuning yang diikat pada kayu kecil menggunakan benang hitam. Aku pada mulanya mengesyaki benang hitam tersebut sebenarnya adalah rambut akan tetapi perkara itu dinafikan oleh Haikal. Aku syak Haikal mungkin sekadar untuk menyedapkan hati.

Link Shopee : https://shope.ee/2VKbS9ibAK

    Aku dan Haikal kemudian pulang ke rumah dengan masing-masing berjanji untuk tidak membuka mulut tentang apa yang telah kami temui pada malam itu. Cuma sewaktu dalam perjalanan pulang, aku sebenarnya menyedari seakan ada satu benda yang sedang mengekori kami berdua. Melalui cermin sisi motosikal, aku nampak benda yang mengekori tersebut seperti satu cahaya berwarna merah. Aku tidak pasti sama ada Haikal ternampak benda yang sama. Aku sememangnya sudah berasa mula tidak sedap hati pada waktu itu akan tetapi aku memilih untuk mengunci mulut.

    Sampai saja di rumah, aku tergesa-gesa memasuki ke dalam bilik untuk menyembunyikan wang tunai yang baru ditemui tersebut. Entah kenapa pada masa yang sama, aku tiba-tiba saja jadi berpeluh. Jadi aku pun lekas pergi mandi. Sewaktu sedang membasahkan badan, aku tiba-tiba terdengar sesuatu.

    “Sssshhh. Ssssshhh.”

    Aku berhenti sebentar daripada mengangkat gayung.

    Suasana senyap, bunyi suara yang aku dengar tadi tidak lagi kedengaran. Namun baru saja nak cedok semula air, suara itu kembali berbunyi.

    “Sssshhh. Ssssshhh.”

    Memikirkan tiada siapa yang berada di dapur sebelum masuk bilik mandi tadi, aku pun mandi dengan laju.

Link Shopee : https://shope.ee/1q4snrP5Gi

    Jujur, aku memang ketakutan pada waktu tersebut. Konon nak tenangkan diri, aku pun keluar dari rumah berjalan kaki untuk pergi kedai runcit yang terletak selang tiga rumah dari rumahku. Lagipun jam baru saja pukul 10.15 malam. Niat aku adalah untuk beli air Pepsi menggunakan wang tunai yang ku temui itu. Sewaktu melalui depan rumah salah seorang jiranku, aku melihat ada seorang wanita yang sedang duduk di tangga luar rumahnya. Wanita yang dimaksudkan tersebut adalah Kak Ju.

    “Hai Kak Ju.” Aku menegur.

    Apa yang peliknya, Kak Ju langsung tidak membalas teguranku sedangkan perangainya yang sebenar bukanlah seperti itu. Dia kebiasaannya rajin untuk menegurku. Anehnya pada malam tersebut, dia cuma memerhatikanku sambil tersenyum. Melihat Kak Ju berperangai aneh sedemikian, aku mengorak langkah kakiku dengan laju. Namun setibanya di kedai runcit itu, alangkah terkejut beruknya aku apabila melihat Kak Ju sedang berada di dalam kedai runcit tersebut. Pakaian yang dipakainya sama dengan Kak Ju yang duduk tangga di tangga tadi.

    “Eh Kak Ju! Bukan tadu akak dekat tangga rumah akak ke? Macam mana akak tiba-tiba sampai dekat sini?” Soalku sambil kepala lutut menggeletar. Aku sedaya upaya menahan air mataku daripada keluar kerana terlampau takut.

    “Mana ada Amir, akak memang dekat kedai ni dari pukul 10 tadi dah.” jawab Kak Ju dengan nada yang agak serius.

    Mendengar jawapan Kak Ju, aku hampir jadi lemah semangat. Niat untuk membeli air Pepsi aku batalkan. Aku berlari pulang ke rumah tanpa melihat tangga rumah Kak Ju. Aku yakin gangguan dalam bilik mandi dan jelmaan Kak Ju pada malam itu mempunyai kaitan dengan kain kuning dalam tas tangan tersebut. Aku pun menceritakan segala-galanya yang telah berlaku kepada ibu bapaku pada malam itu juga. Setelah mendengar ceritaku, bapa aku terus mengambil telefon untuk menelefon keluarga Haikal. Saat bapa Haikal mendapat tahu insiden gangguan yang baru aku alami, dia memberitahu bapaku bahawa Haikal baru saja mengalami perkara sama. Bezanya, Haikal cuma diganggu dengan bunyi suara seperti suara yang aku dengar di dalam bilik mandi.

Link Shopee : https://shope.ee/AUMszq76Ke

    Malam tersebut juga, bapaku dan bapa Haikal telah sama-sama pergi ke kawasan semak samun tempat kami membuang tas tangan itu. Mujur sajalah tas tangan tersebut masih berada di tempat yang sama. Wang yang aku dan Haikal ambil diletakkan semula dalam tas tangan itu. Hasil perbincangan bapaku dengan bapa Haikal, mereka berdua mengambil tas tangan tersebut lalu diserahkan kepada pihak polis. Sesudah selesai semuanya, barulah aku dan Haikal lega. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku selepas itu. Soal tuntutan tas tangan tersebut, tiada sebarang individu yang tampil di balai polis untuk menuntut walaupun hebahan di kampung telah dibuat. 

Catat Ulasan for "KISAH KAIN KUNING DALAM TAS TANGAN "