Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM PASANGAN KEMBAR BRITTANY DAN TIFFANY

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2017 bertempat di St. Charles, Illionois, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Brittany dan Tiffany Coffland merupakan pasangan kembar perempuan berusia 16 tahun yakni anak kepada pasangan suami isteri yang bernama Randall Coffland (48 tahun) serta Anjum Coffland (46 tahun). Brittany dan Tiffany dikatakan sebagai pasangan kembar yang baik, periang, pemurah selain begitu disenangi oleh orang-orang di sekeliling mereka. Brittany mempunyai impian untuk bekerja di hospital manakal Tiffany pula ingin bergelar sebagai doktor haiwan.

RM11.98 (Link Shopee - https://shope.ee/8evMnJ6B3w)

    Tentang Randall, dia adalah seorang bapa yang baik di mana lelaki itu akan sentiasa berusaha untuk memenuhi apa jua keinginan Brittany dan Tiffany. Namun lain pula mengenai hubungan Randall dengan Anjum. Pasangan tersebut sering bertengkar dek kerana sikap ego dan mengongkong Randall. Mereka berdua juga beberapa kali di ambang penceraian akan tetapi perkara tersebut tidak berlaku kerana memikirkan nasib anak-anak mereka. Randall yang tidak kisah untuk bercerai kerap mengugut Anjum bahawa isterinya itu tidak akan pernah mendapat apa-apa sekiranya mereka berpisah.

    Hinggalah pada bulan Februari 2017, Randall dan Anjum akhirnya memilih untuk tinggal berasingan. Perpisahan tersebut berlaku sesudah Anjum diusir oleh Randall untuk keluar dari rumah mereka. Soal nasib Brittany dan Tiffany, mereka kekal tinggal bersama dengan Randall. Anjum pula telah menyewa sebuah rumah yang berdekatan bagi memudahkannya untuk melawat Brittany dan Tiffany. Cuma selepas berpisah dengan Anjum, Randall yang mempunyai penyakit kemurungan seolah-olah sukar untuk menerima kenyataan bahawa rumah tangganya hancur sedangkan semua hal sebelum ini berpunca daripada dirinya sendiri. Entah kenapa Randall melarang Anjum untuk berjumpa dengan Brittany dan Tiffany tanpa sebarang keizinan daripadanya. Sebolehnya Randall enggan kedua-dua anak perempuanya itu terlalu rapat dengan ibu mereka.

    Kisah sebenar bermula pada 9 Mac 2017 apabila Randall tiba-tiba muncul di rumah Anjum. Tujuan kedatangan Randall tersebut adalah untuk memujuk Anjum supaya kembali ke pangkuannya. Jawapan Anjum? Tidak. Hatinya telah tertutup, jadi dia memilih jalan terakhir iaitu bercerai. Tiada lagi peluang untuk Randall kerana Anjum sudah terlampau makan hati dengan layanan Randall selama ini. Mendengar apa yang diperkatakan isterinya, Randall pulang dengan rasa kecewa. Sukar untuk dia meneruskan kehidupan tanpa Anjum di sisi. Keesokan harinya, Anjum telah pergi ke rumah Randall setelah diundang sendiri oleh bekas suaminya itu yang ingin menunjukkan sesuatu kepadanya.

    Setibanya Anjum di rumah Randall pada hari berkenaan, dia memasuki rumah itu tanpa sebarang rasa curiga. Sebaik saja Anjum masuk ke dalam rumah tersebut, alangkah terkejutnya Anjum sebaik saja dia melihat Randall sedang mengacu pistol ke arah kepalanya. Apabila Anjum mengemukakan pertanyaan mengenai keberadaan Brittany dan Tiffany, Randall cuma menjawab bahawa anak mereka telah pun mati. Randall kemudian memberitahu Anjum “saya nak awak terus hidup menderita” lalu melepaskan tembakan pada kaki isterinya itu. Usai tembakan tersebut dilepaskan, Randall terus menghubungi talian kecemasan bahawa dia telah menembak mati anak-anaknya dan turut mencederakan isterinya. Tidak lama selepas panggilan tersebut dibuat, Randall pun menembak kepalanya sendiri.

RM19.80 (Link Shopee - https://shope.ee/9UUTmwIJlb)

    Pihak polis telah tiba di lokasi kejadian setelah dihubungi oleh Anjum yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki. Keadaannya bagaimanapun kembali stabil selepas mendapat rawatan di hospital. Mayat Randall, Brittany dan Tiffany ditemui di lokasi berasingan dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing. Mayat Randall berada di dalam bilik air, mayat Brittany di atas sofa ruang tamu manakala Tiffany pula atas katil bilik tidurnya. Apa yang pasti, insiden mengerikan ini tentu akan menghantui Anjum untuk seumur hidupnya. Seperkara lagi dalam kes ini yang dipertikaikan ramai pihak, mayat Brittany dan Tiffany telah dikebumikan bersebelahan dengan bapa mereka sendiri. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM PASANGAN KEMBAR BRITTANY DAN TIFFANY "