LAGI KES WANITA DIKERAT, KALI INI DI JEPUN
JEPUN – Mayat seorang wanita ibu tunggal berusia 33 tahun
telah ditemui di dalam sebuah rumah seorang lelaki berstatus suami orang.
Difahamkan mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki tersebut. Mangsa
dibunuh oleh teman lelakinya itu di dalam kereta dengan cara kepalanya dihentak
dengan objek tumpul sebelum leher dijerut menggunakan tali. Kejadian pembunuhan
ini dilaporkan telah berlaku pada 21 Februari yang lalu. Dua hari berikutnya,
suspek ditangkap oleh pihak polis.
RM175.90 (Link Shopee : https://shope.ee/3ppqcVzL7p) |
Mangsa dikenal pasti sebagai Ayumi Ito manakala suspek pula bernama Yuki Tsuchiya, 31 tahun. Selepas membunuh Ayumi, Yuki telah mengerat wanita berkenaan di rumahnya. Tidak dapat dipastikan mayat Ayumi dikerat kepada beberapa bahagian. Namun sewaktu pihak polis melakukan pemeriksaan, mereka menemui sebahagian mayat Ayumi di balkoni rumah dan dalam kereta Yuki. Menerusi keterangan daripada seorang saksi berusia sekitar 60-an pada malam kejadian pembunuhan, dia telah terdengar bunyi bising termasuk bunyi ketukan dari rumah Yuki yang terletak di Numazu, wilayah Shizuoka.
RM9.86 (Link Shopee - https://shope.ee/2L12ppLEuG) |
Yuki tinggal di rumah tersebut bersama dengan isteri, dua orang anak kecil serta bapanya yang sudah pun lanjut usia. Sementara itu, Ayumi pula menetap di Iwata yang memakan masa kira-kira hampir dua jam perjalanan dari Numazu. Yuki dan Ayumi dikatakan mula berkenalan pada tahun 2022 di mana mereka berdua merupakan anggota jawatankuasa untuk majlis pembangunan wilayah Shizuoka. Setakat yang diketahui hingga setakat ini, Yuki sebelum ini bekerja sebagai seorang penasihat untuk sebuah syarikat insurans sejak dari tahun 2020.
Catat Ulasan for "LAGI KES WANITA DIKERAT, KALI INI DI JEPUN"