Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NGERI, DUA WANITA DIBUNUH LALU DISIMEN

    INDONESIA - Baru-baru ini, tular tentang berita penemuan mayat dua orang wanita yang telah disimen di bawah tangga di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Identiti kedua-dua wanita tersebut dikenal pasti sebagai Yusi (47 tahun) dan Henny (28 tahun). Difahamkan Yusi dan Henny dilaporkan hilang pada 26 Februari 2023 yang lalu selepas dua sekawan itu keluar dari rumah untuk pergi mengaji Al-Quran.

Karpet Viral : RM12.99 (Link Shopee - https://shope.ee/1q4snrP5Gi)

    Suami Yusi yang berasa risau kemudian cuba mengesan isterinya itu dengan menggunakan data GPS telefon. Lokasi terakhir Yusi menunjukkan dia berada di sekitar kawasan perumahan Jalan Nusantara, Harapan Jaya, Bekasi. Jadi suami Yusi berserta dengan pihak polis telah pergi memerika rakaman kamera litar tertutup yang ada di kawasan berkenaan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup tersebut, Yusi dan Henny telah pergi ke sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki hanya dikenali sebagai P dengan menaiki motosikal. P yang turut terakam di dalam rakaman itu dilihat tiba lebih awal di rumahnya itu sebelum menyambut kedatangan Yusi dan Henny dengan membuka pagar.

    Suami Yusi dan pihak polis yang berasa curiga dengan rakaman tersebut seterusnya pergi memasuki rumah P untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, P ditemui terbaring di dalam bilik tidur dengan keadaannya berlumuran darah dipercayai cuba untuk membunuh diri. Pada masa sama, lantai di bawah tangga rumah tersebut seperti baru saja disimen. Pihak polis pun memeriksa kawasan lantai yang telah disimen itu lalu menemui mayat dua orang wanita tidak lain tidak bukan mayat Yusi dan Henny. Sementara itu, P pula disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan. Maka dengan matinya P, dia yang diyakini sebagai suspek utama pembunuhan tidak dapat untuk ditentukan motif sebenarnya membunuh Yusi serta Henny. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan kedua-dua mangsa dibunuh kerana cuba menagih hutang mereka daripada P.

Link Shopee - https://shope.ee/4fP4BPwt16

    Fakta-fakta lain tentang kes ini, pihak polis juga menemui beberapa resit pembelian bahan bancuhan simen seperti batu kerikil dan pasir. Sebuah lori kecil telah menghantar bahan tersebut ke rumah P pada waktu sebelum kejadian. Buat masa sekarang, kes masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "NGERI, DUA WANITA DIBUNUH LALU DISIMEN"