KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YURIKA MASUNO
Kisah pembunuhan kejam ini dilaporkan berlaku pada tahun
2012 bertempat di negara Romania. Tahun tersebut, Yurika merupakan seorang
wanita berusia 21 tahun yang digambarkan sebagai seorang wanita berperwatakan
baik serta peramah selain begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.
Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari kerana dengan pekerjaan itu
akan membawanya pergi ke negara serata dunia sekaligus dapat mempelajari cara
dan budaya asing.
Link Shopee : https://shope.ee/5Kg7Uzq37I |
Diringkaskan cerita iaitu pada bulan Ogos tahun 2012, Yurika telah mendapat tajaan daripada sebuah organisasi di mana dia ditugaskan untuk menjadi guru pelatih bahasa Jepun di negara Romania. Mengikut perancangan asal, pesawat yang dinaiki Yurika akan mendarat di Vienna, Austria sebelum berlepas ke Bucharest, Romania. Di lapangan terbang Bucharest itu, Yurika akan dijemput oleh pelatih lain organisasi berkenaan untuk dibawa ke bandar Craiova yakni tempatnya akan mengajar. Namun setibanya Yurika di Vienna, lain pula yang berlaku. Penerbangan ke Bucharest telah mengalami kelewatan. Perkara ini menyebabkan Yurika terpaksa pergi ke Bucharest secara bersendirian dengan menaiki kereta api.
Yurika kemudian sampai di lapangan terbang Bucharest pada waktu lewat malam. Pelatih organisasi yang sepatutnya menjemput Yurika pada waktu itu tidak muncul atas sebab tidak dapat untuk dipastikan sama ada berpunca daripada masalah komunikasi atau sebaliknya. Lebih malang untuk Yurika apabila bas terakhir yang menuju ke Craiova pada malam tersebut sudah pun berlepas. Yurika seterusnya mula berasa ketakutan kerana dia sedang berseorangan di negara asing. Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya kepada Yurika sebagai seorang pemandu teksi. Lelaki tersebut telah menawarkan diri untuk menghantar Yurika ke Craiova. Entah apa yang bermain dalam fikiran Yurika, dia terus bersetuju dengan tawaran lelaki itu.
Link Shopee : https://shope.ee/6Us4tDjaWh |
Menerusi data GPS pada telefon Yurika, pihak polis tidak mengambil masa lama untuk menangkap suspek berusia 26 tahun yang dikenal pasti sebagai Vlad Nicolae. Lelaki tersebut didapati pernah mempunyai beberapa rekod jenayah seperti rompakan dan serangan secara seksual terhadap wanita. Dia bagaimanapun tidak pernah didakwa atas semua pertuduhan yang dikenakan kepadanya atas masalah kekurangan bukti. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes tahun 2013, Vlad yang didapati bersalah membunuh Yurika telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YURIKA MASUNO "