Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PERCINTAAN “ROMANTIK” SALMAN KHAN DAN AISHWARYA RAI

    Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi siapa itu Salman Khan, selebriti paling popular serta berpengaruh dalam industri Bollywood. Begitu juga dengan aktres Aishwarya Rai. Kisah percintaaan antara Salman Khan dengan Aishwarya Rai pernah dianggap sebagai salah satu percintaan paling romantik dalam industri Bollywood. Manakan tidak, kedua-dua mereka merupakan pelakon yang berjaya pada waktu tersebut. Sama kacak sama cantik, bagai pinang dibelah dua. Kisah cinta Salman Khan dan Aishwarya Rai ini bermula selepas mereka berdua digandingkan dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun 1999. Malah hubungan pasangan itu direstui oleh keluarga Salman Khan namun tidak mendapat restu daripada keluarga Aishwarya Rai atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Link Shopee : https://shope.ee/8KJhVO8ohq

    Pada satu malam bulan November 2001, Salman Khan dikatakan telah datang ke apartment kediaman Aishwarya Rai dalam keadaannya sangat marah. Salman Khan kemudian mengetuk pintu masuk apartment tersebut dengan begitu kuat secara berulang kali selama berjam-jam. Saksi melaporkan bahawa Salman Khan mengugut untuk terjun dari bangunan apartment itu jika Aishwarya Rai tidak membuka pintu apartment tersebut.

    Drama Salman Khan mengamuk pada malam kejadian itu berlarutan hingga jam 3 pagi. Malah tangan Salman Khan juga berdarah akibat mengetuk pintu apartment Aishwarya Rai tanpa henti. Hingga pada akhirnya, Aishwarya Rai mengalah lalu dia pun membuka pintu apartment kediamannya yang terletak di tingkat 17 itu. Menurut laporan media, Salman Khan bertindak agresif sedemikian pada waktu tersebut kerana Aishwarya Rai enggan melayani permintaannya untuk berkahwin. Penolakan dibuat Aishwarya Rai memandangkan dia sedang berada di kemuncak karier pada ketika itu selain enggan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Salman Khan secara terburu-buru.

Link Shopee : https://shope.ee/2VLuYlg8vp

    Media juga melaporkan bahawa Aishwarya Rai sering diserang secara fizikal oleh Salman Khan yang bersikap panas baran. Menerusi satu wawancara Salman Khan dengan media The Time of India pada tahun 2002, dia mengakui bahawa insiden di apartmen Aishwarya Rai tersebut adalah benar. Kata Salman Khan,

    “Insiden itu memang benar berlalu tetapi sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Saya menjalinkan hubungan dengan Aishwarya. Kalau awak tidak bergaduh dalam sesuatu perhubungan, itu bermaksud awak dan pasangan awak saling tidak mencintai. Kenapa saya perlu bergaduh dengan orang asing dalam hidup saya? Perkara begini berlaku kerana kami mencintai antara satu sama lain. Sekarang polis pun melarang saya daripada memasuki bangunan apartment tersebut.”

    Pada tahun 2002, Aishwarya Rai telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan Salman Khan telah pun berakhir. Punca perpisahan itu adalah kerana Aishwarya Rai sudah tidak tahan lagi dengan perangai Salman Khan. Bulan September 2002, Aishwarya Rai melakukan pendedahan secara umum dengan berkata,

    “Saya dan Salman sudah berpisah pada bulan Mac lalu akan tetapi dia tidak menerima hakikat perpisahan kami. Selepas berpisah, dia menelefon saya sebelum mengeluarkan kata-kata kesat. Salman Khan juga menuduh saya menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pelakon. Daripada Abishek Bachan hinggalah Shah Rukh Khan. Salman juga pernah menyerang saya akan tetapi mujur sajalah tidak meninggalkan sebarang kesan kecederaan. Saya pergi bekerja seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Salman selalu mengugut untuk mencederakan dirinya jika saya tidak menjawab panggilan telefon daripadanya. Demi maruah saya dan keluarga saya, saya tidak akan lagi bekerjasama dengan Salman Khan. Kisah bersama Salman Khan adalah satu mimpi ngeri dalam hidup saya. Saya rasa bersyukur dan sekarang semuanya sudah berakhir.”

    Ramai pihak percaya bahawa Salman Khan masih belum berkahwin hingga pada hari ini adalah kerana dia masih mencintai Aishwarya Rai. Seperkara lagi harus diketahui, Salman Khan pernah memusuhi aktor Vivek Oberoi kerana aktor tersebut pernah bercinta dengan Aishwarya Rai. Permusuhan yang telah menyebabkan karier Vivek Oberoi terus tenggelam dalam industri Bollywood. Kisah penuh boleh baca di sini : KISAH PERMUSUHANSALMAN KHAN DENGAN VIVEK OBEROI

Catat Ulasan for "KISAH PERCINTAAN “ROMANTIK” SALMAN KHAN DAN AISHWARYA RAI"