Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA BUNUH 11 ORANG KENALAN SEJAK DARI 2020

    THAILAND – Pihak polis Thailand menangkap seorang wanita yang disyaki telah membunuh seramai 11 orang mangsa yakni rakan serta kenalan terdekat dengan menggunakan racun sianida. Identiti wanita yang berusia 35 tahun itu dikenal pasti sebagai Sararat Rangsiwuthaporn. Penangkapan Sararat tersebut dibuat oleh pihak polis di Bangkok pada hari Selasa lepas (25/4/2023).

    Berdasarkan siasatan awal pihak polis, jumlah mangsa yang telah dibunuh oleh Sararat hingga setakat ini adalah seramai 11 orang termasuk bekas teman lelakinya. Pembunuhan secara bersiri itu dilakukan Sararat sejak dari tahun 2020. Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pembunihan Sararat tersebut adalah bermotifkan wang. Keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang barang kemas dan wang milik mangsa yang hilang. Cuma pada waktu tersebut, keluarga mangsa tidak mengesyaki terdapat sebarang unsur jenayah pembunuhan.

Link Shopee : https://shope.ee/6zoKN8yYa1

    Difahamkan Sararat mula dicurigai selepas dia dilaporkan keluar bersama dengan salah seorang daripada mangsanya yang dikenali sebagai Siriporn Khanwong pada dua minggu lepas. Sararat dan Siriporn dikatakan telah sama-sama pergi menghadiri satu upacara keagamaan Budha berdekatan dengan kawasan sungai yang terletak di wilayah Ratchaburi. Siriporn kemudian telah jatuh rebah sewaktu upacara keagamaan tersebut berlangsung sebelum dia disahkan mati di lokasi kejadian. Hasil laporan bedah siasat, kandungan dalam badan Siriporn didapati mengandungi kesan sianida. Selain itu, barangan peribadi milik Siriporn seperti telefon dan wang tunai juga telah hilang.

    Buat masa sekarang, pihak polis hanya mendedahkan bekas teman lelaki Sararat dan dua anggota polis wanita antara yang menjadi mangsa pembunuhan bersiri ini. Identiti mangsa yang lain masih belum lagi didedahkan. Menurut pihak polis lagi, ada seorang mangsa sebelum ini yang telah terselamat. Mangsa itu pernah meminjamkan wang sebanyak  250,000 baht (sekitar RM32 000). Mangsa telah mengalami gejala muntah dan pitam selepas makan bersama dengan Sararat. Mujur sajalah mangsa tersebut sempat dirawat.

    Sararat yangg menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya masih tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Kes ini masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "WANITA BUNUH 11 ORANG KENALAN SEJAK DARI 2020"