KAYLA UNBEHAUN DITEMUI SEMULA SELEPAS 6 TAHUN HILANG

AMERIKA SYARIKAT – Seorang remaja perempuan iaitu Kayla
Unbehaun yang dilaporkan hilang sejak enam tahun yang lalu akhirnya berjaya
ditemui. Kayla yang kini berusia 15 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa
penculikan ibunya sendiri yang dikenali sebagai Heather Unbehaun.
![]() |
Link Shopee : https://shope.ee/2AjZwY2bE1 |
Menerusi laporan media, Kayla yang ditemui di selatan California disahkan berada dalam keadaan baik dan sudah pun dipertemukan semula dengan bapanya iaitu Ryan Iserka. Kayla sebelum ini telah hilang di Illionis yakni sewaktu dia berusia 9 tahun.
Ryan mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap Kayla pada awal
tahun 2017. Tentang Heather pula, dia diberikan hak untuk meluangkan masa
bersama dengan anak perempuannya itu pada setiap hujung minggu. Pada 5 Julai
2017, Ryan telah pergi ke rumah Heather untuk mengambil Kayla. Ryan kemudian
terus membuat satu laporan polis susulan diberitahu oleh keluarga Heather
tentang Heather dan Kayla yang langsung tidak pulang ke rumah setelah pergi ke
satu trip perkhemahan.

Hinggalah pada 13 Mei 2023 lalu, seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya telah melihat Kayla di dalam sebuah kedai pakaian. Wanita berkenaan dapat mengecam wajah Kayla dengan jelas kerana dia pernah menonton kisah penculikan Kayla menerusi siri Unsolved Mysteries dalam Netflix. Tanpa berlengah, wanita terbabit segera memaklumkan penemuannya itu kepada pekerja dalam kedai pakaian tersebut yang seterusnya bertindak untuk menghubungi pihak polis.
![]() |
Link Shopee : https://shope.ee/4pkL7Wd5iT |
Selepas laporan tersebut dibuat, Heather telah ditangkap dengan serta-merta. Dia bagaimanapun sudah dibebaskan semula dengan ikat jamin. Perbicaraan kes dijadual akan mula berlangsung pada bulan Julai 2023.
Catat Ulasan for "KAYLA UNBEHAUN DITEMUI SEMULA SELEPAS 6 TAHUN HILANG"