KISAH N’GOLO KANTE : Pemungut Sampah yang Menjadi Pemain Bola Sepak Terhebat
Peminat bola sepak di seluruh dunia sudah pasti mengenali nama N’golo Kante iaitu pemain skuad kebangsaan Perancis yang kini mewakili kelab Chelsea. Kante merupakan pemain bola sepak handal dunia yang mempunyai sifat rendah diri hingga menyebabkan dia begitu disayangi serta dihormati oleh peminat bola sepak. Sukar juga untuk melihat nama Kante menjadi bahan ejekan di laman media sosial
Link Shopee : https://shope.ee/2AjQfAqLJr |
.
Menerusi gaya permainannya di atas padang, Kante adalah
seorang pemain tengah bertubuh kecil serba boleh yang bukan saja berkebolehan
dalam merampas bola tetapi turut mempunyai kelajuan selain bijak membaca
pergerakan pihak lawan. Maka tidak hairanlah dia digelar sebagai pemain tengah
terbaik dalam generasinya. Namun tidak ramai yang tahu bahawa pencapaian Kante
pada hari ini adalah hasil kerja kerasnya sejak dari kecil kerana dia bukan
berasal daripada keluarga yang senang.
Kante yang juga merupakan seorang muslim dilahirkan pada 29 Mac 1991 bertempat di Paris, Perancis. Ibu bapanya berasal dari negara Mali sebelum berhijrah ke Perancis pada sekitar 1980-an bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Kante membesar di kawasan Rueil Malmaison yakni sebuah kota yang kecil dan padat di Paris. Sebenarnya sejak Kante dari kecil lagi, dia sudah pun mengenal erti tanggungjawab. Kante sedar bahawa keluarganya hidup dalam serba kekurangan. Disebabkan itu, dia bekerja sebagai pemungut sampah untuk membantu menyara kehidupan keluarganya. Menyedihkan, bapa Kante telah meninggal dunia sewaktu Kante berusia 11 tahun.
Pada tahun 1998, negara Perancis telah menjadi tuan rumah
untuk kejohanan bola sepak dunia. Lebih manis, skuad Perancis memenangi
kejohanan tersebut buat pertama kalinya. Melihat nama pemain imigran seperti
Thierry Henry dan Patrick Viera dalam skuad Perancis, Kante mula memasang
impian untuk menjadi pemain bola sepak berjaya. Dia yakin impiannya itu akan
tercapai dengan kerja-keras. Kante kemudian mendaftar di kelab akademi bola
sepak JS Suresnes . Pada mulanya, bakat Kante seakan tidak dipandang
memandangkan dia memiliki tubuh badan kecil. Dia bagaimanapun tidak pernah
berputus asa dan terus berlatih sebelum cara permainan yang dia tonjolkan di
atas padang mula mendapat perhatian.
Usia Kante kini telah pun
mencecah 32 tahun yang bermaksud kariernya kini semakin berpenghujung. Apa yang
pasti, dia sudah mencapai hampir segala-galanya yang diidamkan oleh kebanyakan
pemain bola sepak. Saat Kante menggantung but kelak, kelibatnya di atas padang sudah pasti akan dirindui oleh para peminat bola sepak.
Catat Ulasan for "KISAH N’GOLO KANTE : Pemungut Sampah yang Menjadi Pemain Bola Sepak Terhebat"