KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JAN & QUAIANA
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2008 bertempat
di Riverside County, California, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Jan Pietrzak
merupakan seorang anggota tentera laut berusia 24 tahun manakala isterinya yang
mempunyai ijazah dalam bidang kesihatan awam pula bernama Quaiana Jenkins, 26 tahun.
Pasangan suami isteri itu dikatakan saling Quaina antara satu sama. Malah pada
hari majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 8 Ogos 2008, Jan menitiskan
air mata kerana Quaiana telah menjadi isterinya yang sah.
Link Shopee : https://shope.ee/40BCcYXE3s |
Pada malam 14 Oktober 2008 yakni dua bulan selepas Jan dan Quaiana bergelar sebagai pasangan suami isteru, rumah mereka telah diceroboh masuk oleh empat orang penceroboh bertopeng serta bersenjata. Jan dan Quaiana kemudian diikat dan dilekat mulut mereka dengan pita pelekat. Jan telah diseksa dibelasah dengan begitu teruk sekali. Begitu juga dengan Quaiana. Lebih kejam, penceroboh itu menanggalkan pakaian Quaiana sebelum merogol wanita berkenaan betul-betul di depan mata Jan. Barangan berharga seperti wang tunai barang kemas dan kad kredit turut diambil oleh penceroboh tersebut. Sesudah rompakan itu, penceroboh menembak mati Jan dan Quaiana pada bahagian kepala. Jan dilaporkan ditembak sebanyak dua kali.
Keesokan hari selepas kejadian pembunuhan tersebut, pihak majikan Jan telah pergi memeriksa rumah pasangan itu. Pemeriksaan dibuat susulan Jan yang tidak datang bekerja serta pada masa sama gagal untuk dihubungi sama sekali. Jadi kedatangan pihak majikan Jan pada hari tersebut sekaligus telah membawa kepada penemuan mayat Jan dan Quaina. Pemeriksaan awal pihak polis di lokasi kejadian menemui kesan contengan pada dinding serta cermin yang diconteng penceroboh dengan ayat berunsur kebencian serta perkauman.
Link Shopee : https://shope.ee/8KKBmdiM7c |
Keputusan perbicaraan kes pada akhirnya menyaksikan Kesaun Sykes, Tyrone Miller dan Emry John yang didapati bersalah telah menerima hukuman mati. Sementara itu, Kevin Cox pula diperintahkan untuk menjalani dua hukuman penjara seumur hidup. Meskipun motif pembunuhan Jan dan Quaiana dinyatakan bermotif rompakan, ibu Jan meyakini anaknya telah dibunuh atas dasar kebencian dan perkauman.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JAN & QUAIANA"