KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SHANA GRICE
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2016 bertempat
di Sussex, England. Tahun tersebut, Shana Grice merupakan seorang wanita berusia
19 tahun yang berperwatakan baik serta peramah selain begitu disenangi oleh
orang-orang di sekelilingnya. Namun apa yang menyedihkan, Shana mati dalam usia
muda akibat dibunuh oleh bekas teman lelaki yang sangat obses kepadanya.
Link Shopee : https://shope.ee/99syGJIv24 |
Shana dan Ashley |
Pada tahun 2013, Shana telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ashley Cooke. Waktu itu, Shana baru berusia 16 tahun manakala Ashley pula 17 tahun. Pasangan tersebut saling mencintai antara satu sama lain hingga masing-masing mempunyai impian untuk berkahwin. Sewaktu menginjak usia 18 tahun, Shana telah diterima bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat pemadam api. Di tempat kerja itu, Shana kemudian berkenalan dengan seorang pekerja lelaki yang lapan tahun jauh lebih tua daripadanya iaitu Michael Lane. Perkenalan tersebut seterusnya telah membawa kepada perpisahan antara Shana dan Ashley. Selepas bercinta dengan Michael, Shana ternyata tidak menduga bahawa lelaki itu rupa-rupanya adalah seorang yang panas baran dan suka mengongkong.
Link Shopee : https://shope.ee/7KRL8xZDpX |
Disebabkan tidak tahan dengan sikap Michael, Shana menghubungi semula Ashley yakni tiga bulan setelah mereka berdua berpisah. Shana ingin kembali ke pangkuan Ashley sesudah dia menyedari meninggalkan Ashley sebelum ini adalah kesilapan terbesar yang pernah dilakukanya. Ashley semestinya berasa gembira kerana dia sangat cintakan Shana. Lain pula ceritanya dengan Michael. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya telah ditinggalkan oleh Shana. Bagi Michael, Shana adalah miliknya seorang. Sampai satu tahap, Michael yang mula mengalami kemurungan menjadi semakin obses kepada Shana.
Shana dan Michael |
Michael yang tidak berdiam diri terus mengorak langkah. Dia mula menghendap dengan memasang alat penjejak pada kereta Shana bagi membolehkannya menjejaki pergerakan wanita yang sudah mengecewakannya itu. Malah Michael kerap bersembunyi di luar rumah yang Shana diami bersama dengan dua orang rakannya. Dia berbuat sedemikian untuk memerhatikan setiap gerak-geri Shana. Shana juga adakala menerima jambangan bunga daripada pengirim tidak dikenali. Identiti pengirim tersebut tidak lain tidak bukan adalah Michael. Lagi dahsyat, Michael pernah muncul secara tiba-tiba di luar rumah Shana sebelum dia menarik rambut serta merampas telefon wanita itu. Paling seram, Michael turut pernah menceroboh masuk ke dalam rumah Shana. Apa yang Shana lakukan semasa pencerohan tersebut berlaku, dia berpura-pura tidur. Shana dapat berasa dirinya telah diperhatikan Michale dengan renungan yang tajam. Mujur sajalah Shana tidak diapa-apakan oleh Michael pada waktu itu.
Link Shopee : https://shope.ee/10XGXRJuF7 |
Jangan difikir Shana tidak mengambil apa-apa tindakan demi keselamatan diri. Dia pernah membuat laporan tentang Michael kepada pihak polis sebanyak tujuh kali. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak memandang serius dengan laporan yang dibuat oleh Shana. Mereka sekadar memberikan amaran secara lisan kepada Michael untuk menjauhkan diri daripada Shana. Hinggalah pada tarikh 25 Ogos 2016 yakni sewaktu Shana bersendirian, rumahnya telah diceroboh masuk oleh Michael. Kali ini Shana tidak bernasib baik apabila Michael membunuhnya dengan cara kelaran pada bahagian lehernya. Selepas pembunuhan tersebut, Michael sempat membakar rumah Shana bagi menghilangkan kesan bukti.
Penemuan mayat Shana dibuat oleh bapa Ashley selepas dia mendapat makluman daripada anaknya mengenai Shana yang tidak datang bekerja pada hari kejadian. Michael terus ditangkap oleh pihak polis pada hari sama kejadian pembunuhan. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Michael yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara minimum 25 tahun. Sementara itu, pihak polis tersebut yang mengabaikan laporan daripada Shana sebelum kematian wanita berkenaan dikenakan tindakan disiplin serta-merta.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM SHANA GRICE"