KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YANG XIN
Pada tarikh 21 Januari 2009, pihak polis di Virginia Amerika
Syarikat telah menerima satu laporan indisen pembunuhan mengerikan yang berlaku
dalam sebuah restoran. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka mendapati
terdapat satu mayat manusia tanpa kepala terbaring atas lantai restoran
tersebut. Berdiri di sebelah mayat itu, kelihatan seorang lelaki berdiri kaku
dalam keadaan pakaiannya berlumuran dengan darah. Tangan kanan lelaki terbabit
sedang memegang kepala wanita tidak lain tidak bukan kepala mayat tersebut.
Pihak polis kemudian terus menangkap lelaki itu tanpa sebarang insiden
kekerasan. Jadi apa sebenarnya yang berlaku? Apakah motif lelaki tersebut
melakukan pembunuhan kejam itu?
Link Shopee : https://shope.ee/2AjTvzfS9x |
Zhu Haiyang dilahirkan pada tahun 1984 di Ningbo, China. Dia yang berasal daripada keluarga berada dikatakan sebagai seorang pintar sejak dari kecil lagi. Diringkaskan cerita iaitu pada tahun 2008 yakni selepas mendapat ijazah sarjana dari Universiti Shanghai Ocean, Zhu Haiyang telah melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang pertanian dan ekonomi di Virginia. Bercerita pula tentang wanita yang bernama Yang Xin, dia berasal dari Beijing di mana keluarganya adalah golongan sederhana. Dia berperwatakan sangat baik, peramah selain begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Pada awal tahun 2009, Yang Xin telah berangkat ke Virginia Tech untuk menyambung pengajian dalam bidang akauntan pada peringkat ijazah sarjana.
Difahamkan Zhu Haiyang dan Yang Xin sebelum itu sudah pun berkenalan melalui laman media sosial atas dasar sebagai rakan. Jadi sewaktu awal kedatangan Yang Xin ke Amerika Syarikat, Zhu Haiyang banyak membantunya daripada pelbagai aspek termasuklah pendaftaran di universiti dan pencarian tempat tinggal. Malah Yang Xin sempat tinggal bersama dengan Zhu Haiyang buat sementara waktu sebelum dia mendapat rumah sewa. Harus diingatkan, Yang Xin tidak menganggap Zhu Haiyang lebih daripada seorang kawan. Lain pula ceritanya dengan Zhu Haiyang. Dia terus jatuh hati dengan Yang Xin saat kali pertama dia melihat wanita tersebut di lapangan terbang.
Link Shopee : https://shope.ee/8zZo4ceDoM |
Tidak sampai sebulan berkenalan, Zhu Haiyang telah meluahkan perasaan kepada Yang Xin. Apa yang benar-benar mengecewakan Zhu Haiyang, Yang Xin menolak cintanya. Alasan Yang Xin, dia sudah pun memiliki teman lelaki yang akan dikahwininya kelak. Perkara itu memberikan tamparan hebat kepada Zhu Haiyang hinggakan dia bertindak untuk menyiasat latar belakang teman lelaki Yang Xin. Setelah berjaya mencari maklumat, Zhu Haiyang berasa bahawa dirinya lebih layak memiliki Yang Xin atas reputasinya sebagai penuntut universiti cemerlang dan tahap pendidikannya.
21 Januari 2009, Zhu Haiyang telah mengajak Yang Xin untuk bertemu di sebuah restoran. Yang Xin terpaksa bersetuju susulan dia berasa rimas dengan Zhu Haiyang yang telah menelefonnya berkali-kali. Maka Yang Xin pun menemui Zhu Haiyang di lokasi seperti yang dijanjikan. Pada mulanya mereka berdua berborak seperti biasa. Dalam erti kata lain, tiada sebarang unsur pertelingkahan. Hinggalah satu ketika entah apa yang merasuki Zhu Haiyang, dia tiba-tiba mengeluarkan pisau dapur dari beg lalu menikam Yang Xin bertubi-tubi. Sesudah Yang Xin tidak lagi bernyawa, Zhu Haiyang dengan dahsyatnya mengerat kepala Yang Xin hingga putus. Pelanggan yang ada pada waktu itu menjerit ketakutan dan terus melaporkan insiden pembunuhan tersebut kepada pihak polis.
Link Shopee : https://shope.ee/5pcmIvIFOq |
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YANG XIN "