Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KU PILIH ADIK IPAR DARIPADA ISTERI

    Kisah ini berlaku pada pertengahan bulan Mac 2023 lalu bertempat di negara Indonesia di mana seorang lelaki tergamak meracuni isterinya hingga mati. Perbuatan tersebut dilakukan oleh lelaki itu hanya kerana dia ingin mengahwini adik iparnya sendiri. Jadi apa sebenarnya yang telah berlaku dan bagaimana permulaan ceritanya?

Link Shopee : https://shope.ee/Ay7jUrdjf

    Kisah bermula pada tahun 2021 apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang bernama Berry Primanel menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Amelia, 15 tahun. Harus diketahui, Amelia pada waktu tersebut masih lagi bersekolah. Diringkaskan cerita, hubungan antara Berry dan Amelia terkandas separuh jalan pada tahun sama. Disebabkan terlalu berasa kecewa dengan perpisahan itu, Berry kemudian memilih untuk mengahwini Siti Hasanah yakni kakak kepada Amelia yang berusia 28 tahun. Hasil perkahwinan tersebut, Berry dan Siti Hasanah mempunyai dua orang anak perempuan.

    Perkara paling tidak diduga sekali dalam kisah ini adalah apabila Berry dan Amelia kembali menjalinkan hubungan secara sulit tanpa pengetahuan sesiapapun. Ingat, Berry yang juga merupakan pekerja di sebuah kolam udang pada waktu ini masih lagi bergelar sebagai suami kepada Siti Hasanah serta bapa kepada dua orang anak. Lagi dahsyat, Berry dan Amelia kerap melakukan hubungan seks bersama. Namun lama-kelamaan, hubungan yang terjalin antara Berry dan Amelia telah berjaya dihidu oleh Siti Hasanah. Hubungan Siti Hasanah dan Amelia seterusnya menjadi tegang. Siti Hasanah pernah mengingatkan Amelia supaya menjauhkan diri daripada suaminya. Peringatan tersebut ternyata langsung tidak diendahkan sama sekali oleh Amelia. Bagusnya tentang Siti Hasanah, dia menjaga aib suami serta adik perempuannya itu daripada pengetahuan keluarga mereka.

Link Shopee : https://shope.ee/5pcUTzGR5k

    Hinggalah satu hari, Amelia yang sudah berusia 17 tahun telah memberitahu kepada Berry tentang kehamilannya. Amelia meminta supaya Berry bertanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku. Mendengar perkara tersebut, Berry cuba memujuk Siti Hasanah untuk menerima Amelia sebagai madunya. Hasrat Berry itu bagaimanapun ditentang sekeras-kerasnya oleh Siti Hasanah. Dek kerana terlalu marah dengan Siti Hasnah, Berry pun tekad untuk membunuh isterinya itu. Jadi apa yang Berry lakukan, dia telah membeli racun jenis potasium sianida secara dalam talian. Cara penggunaan racun tersebut dipelajari Berry melalui Youtube.

    Maka pada malam 16 Mac 2023, Berry telah mencampurkan racun itu ke dalam segelas berisi air kosong sebelum mengejutkan Siti Hasanah yang sedang tidur. Sesudah Siti Hasanah terbangun, Berry telah memaksanya untuk meminum air kosong tersebut. Selesai berbuat sedemikian, Berry berpura-pura keluar dari rumah sebelum kembali pulang pada 30 minit berikutnya. Saat Berry pulang, dia melihat Siti Hasanah sudah pun terbaring dalam keadaan tubuh badannya nampak kebiruan dan kekejangan. Berry yang kononnya panik sempat memberikan Siti Hasanah minuman air kelapa sebagai tanda pertolongan sebelum tergesa-gesa membawa isterinya ke klinik berdekatan.

Link Shopee : https://shope.ee/4pjxIF4cVN


    Sampai di klinik, Siti Hasanah telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Berita kematian Siti Hasanah benar-benar mengejutkan keluarganya. Kakak kepada Siti Hasanah iaitu Siti Sulastri menganggap kematian adiknya sebagai sesuatu yang mencurigakan. Manakan tidak, Berry dilihat seolah-olah terlalu tergesa-gesa untuk menyelesaikan hal pengkebumian serta pada masa sama dia melarang supaya kain kafan Siti Hasanah tidak dibuka dengan alasan jenazah sudah pun selesai dimandikan. Siti Sulastri yang tidak mempedulikan larangan daripada Berry telah membuka semula kain kafan jenazah Siti Hasanah lalu mendapati terdapat beberapa tanda kebiruan dan kemerahan pada tubuh badan adiknya itu. Melihat keadaan tersebut, Siti Sulastri membuat laporan polis mengenai kecurigaan dengan kematian Siti Hasanah. Jenazah Siti Hasanah sebelum itu telah dimandikan semula sebelum dikebumikan.

    Susulan laporan yang dibuat Siti Sulastri, pihak polis akhirnya menggali semula kubur Siti Hasanah untuk proses bedah siasat. Hasil laporan bedah siasat, punca kematian Siti Hasanah adalah disebabkan diracun. Rentetan daripada perkara tersebut, pihak polis telah melakukan penangkapan terhadap Berry. Pihak polis turut menemui bahan racun potasium sianida dan gelas yang digunakan Berry untuk membunuh Siti Hasanah. Berry yang kini masih dalam tahanan pihak polis bakal dikenakan pertuduhan melakukan pembunuhan terancang dan lain-lain pertuduhan. Jika didapati bersalah, dia bakal berdepan dengan hukuman sama ada dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "KU PILIH ADIK IPAR DARIPADA ISTERI"