LELAKI DURJANA, ROGOL DAN BUNUH 30 ORANG KANAK-KANAK
INDIA – Baru-baru ini, tular tentang berita seorang lelaki
telah didapati bersalah atas kesalahan jenayah rogol dan pembunuhan 30 orang
kanak-kanak. Difahamkan lelaki tersebut akan dijatuhkan hukuman dalam masa dua
minggu lagi.
Berdasarkan keterangan rasmi daripada pihak polis, lelaki
itu dikenali sebagai Ravindra Kumar yang bekerja sebagai buruh di Delhi.
Ravindra yang juga merupakan seorang penagih dadah dilaporkan akan merogol
serta membunuh mangsa pada setiap kali dia menonton video lucah. Dia melakukan
perbuatan kejam tersebut sejak dari tahun 2008 hingga 2015.
Link Shopee : https://shope.ee/7KRaaaPqe8 |
Sedikit tentang latar belakang Ravindra, keluarganya yang berasal dari Uttar Pradesh telah berhijrah ke Delhi sewaktu dia berusia 18 tahun. Tidak lama selepas tiba di Delhi, Ravindra mula mengalami ketagihan menonton bahan lucah dengan menggunakan pita video. Bapa Ravindra merupakan seorang tukang paip manakala ibunya pula adalah seorang pembantu rumah.
Ravindra kebiasaannya akan menagih dadah dan meminum minuman
keras pada waktu petang yakni selepas dia selesai melakukan kerja buruh. Dia
kemudian memasang video lucah setelah mula berasa khayal dan seterusnya tidur
pada pukul 8 malam. Ravindra akan terjaga pada waktu lewat malam sebelum keluar
dari rumah untuk mencari mangsanya yang dalam keadaan bersendirian. Ada kalanya
Ravindra sanggup berjalan sejauh 40 kilometer bagi melakukan pencarian mangsa
di sekitar kawasan setinggan. Umpan yang Ravindra berikan kepada mangsanya
adalah dengan pemberian coklat atau wang. Sesudah mangsa termakan umpan
tersebut, mereka akan dibawa ke sebuah tempat terpencil. Di situlah mangsa yang
berusia dari 6 hingga 12 tahun dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan
begitu kejam.
Link Shopee : https://shope.ee/6zokC1uuS9 |
Soal bagaimana perbuatan jahat Ravindra akhirnya terbongkar, dia telah ditangkap oleh pihak polis pada tahun 2015 kerana disyaki menyeksa dan mencekik seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun hingga mati. Lagi dahsyat, mayat kanak-kanak perempuan berkenaan telah dibuang ke dalam tangki septik. Pihak polis menangkap Ravindra berdekatan dengan sebuah stesen bas sesudah mereka berjaya mendapatkan beberapa bukti kukuh termasuklah rakaman kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian pembunuhan. Maka dengan penangkapan Ravindra tersebut, dia akhirnya telah membuat pengakuan semua pembunuhan yang dilakukannya selama ini.
Catat Ulasan for "LELAKI DURJANA, ROGOL DAN BUNUH 30 ORANG KANAK-KANAK"