Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SISI GELAP SHAH RUKH KHAN

    Siapa saja yang tidak kenal Shah Rukh Khan iaitu selebriti paling popular serta berpengaruh dalam industri perfileman di India hingga digelar sebagai King of Bollywood. Berikanlah apa saja watak kepadanya, sudah tentu menjadi. Peminat fanatik Shah Rukh Khan akan berpusu-pusu datang ke panggung wayang pada setiap kali filem terbarunya ditayangkan. Walaupun umurnya kini sudah pun mencecah 57 tahun, dia masih lagi mampu memberikan lakonan yang mantap lagi luar biasa terutamanya filem bergenre aksi. Namun sama seperti aktor Salman Khan, Shah Rukh Khan juga mempunyai sisi gelapnya tersendiri. Berikut adalah enam sisi gelap Shah Rukh Khan dan juga keluarganya.

1) Pernah diboikot rakyat India

    Shah Rukh Khan dan isterinya pernah beberapa kali diboikot oleh rakyat India sendiri. Puncanya adalah disebabkan penyebaran gambar lama Shah Rukh Khan bersama dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan. Secara ringkas, negara India mempunyai hubungan yang tegang dengan Pakistan. Malah pada penghujung tahun 2022 lepas, rakyat India memboikot Shah Rukh Khan dengan membakar potret aktor tersebut kerana filem aksi terbarunya waktu itu iaitu Pathaan didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama hindu.

2) Pernah ditahan kerana disangka sebagai pengganas

    Shah Rukh Khan pernah menceritakan pengalamannya ditahan oleh pihak imigresen di Amerika Syarikat kerana disyaki sebagai pengganas. Penahanannya itu berlaku selama 3 kali iaitu pada tahun 2008, 2012 dan 2016. Alasan pihak imigresen berkenaan menahan Shah Rukh Khan adalah berikutan namanya dilaporkan sama dengan nama seorang pengganas yang sedang menjadi buruan.

3) Anutan agama yang berbeza

    Satu lagi kontroversi tentang Shah Rukh Khan adalah tentang anutan agama yang mereka sekeluarga anuti. Shah Rukh Khan merupakan seorang muslim manakala isterinya pula iaitu Gauri adalah penganut hindu. Shah Rukh Khan dikatakan mendidik anak-anaknya sebagai orang India yang tidak mempunyai sebarang anutan agama.

Link Shopee : https://shope.ee/eho5ZiAi

4) Pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Priyanka Chopra

    Shah Rukh Khan didakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan Priyanka Chopra merupakan salah satu kontroversi paling panas yang pernah melanda Bollywood. Dakwaan ini timbul selepas Priyanka Chopra didakwa memakai jaket milik Shah Rukh Khan selain pernah menghabiskan bersama dengan aktor itu hingga jam 3 pagi.

5) Video tidak senonoh Aryan Khan

    Nama Aryan Khan yakni anak sulung Shah Rukh Khan pernah terpalit dengan kontroversi selepas video tidak senonohnya bersama dengan seorang wanita telah tersebar di laman media sosial. Mujur sajalah lelaki di dalam video tersebut bukanlah Aryan Khan akan tetapi lelaki yang mirip dengan wajahnya.

Link Shopee : https://shope.ee/4V77AUO4zG

6) Penangkapan Aryan Khan

    Pada bulan Oktober 2021, Aryan Khan yang berusia 23 tahun telah ditangkap oleh pasukan Biro Kawalan Narkotik (NCB). Penangkapan itu dibuat di atas sebuah kapal persiaran mewah, tempat Aryan Khan berparti liar bersama dengan rakan-rakannya. Hasil pemeriksaan oleh pihak berkuasa terbabit, mereka telah menemui dadah di dalam kasut salah seorang rakan Aryan Khan. Aryan Khan bagaimanapun dibebaskan pada bulan Mei 2022 selepas tiada sebarang bukti kukuh untuk menuduhnya memiliki dadah. Apa yang pasti, penangkapan Aryan Khan sebelum itu mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa susulan terdapat spekulasi mendakwa terdapat unsur manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan rasuah yang didalangi oleh pihak tertentu. 

Catat Ulasan for "SISI GELAP SHAH RUKH KHAN"