WANITA BUNUH, MAKAN KEPALA ANAK SENDIRI

MESIR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun
dilaporkan mati dibunuh dengan begitu kejam oleh ibunya sendiri. Suspek wanita yang
berusia 29 tahun tersebut telah membunuh anak lelakinya dengan menggunakan
parang. Lebih dahsyat, kepala kanak-kanak lelaki itu dikerat sebelum dimasak
lalu dimakan oleh wanita tersebut. Difahamkan wanita yang dikenal pasti sebagai
Hanaa tersebut bertindak sedemikian kerana ingin anak lelakinya bernama Youssef
itu bersama dengannya buat selama-lamanya.
![]() |
Link Shopee : https://shope.ee/6KYlh1JUFJ |
Menerusi laporan media, pihak polis telah menemui beberapa bahagian tubuh badan Youssef yang sudah dikerat dalam sebuah baldi di rumahnya pada 28 April 2023 lepas. Penemuan mengerikan tersebut dibuat oleh pihak polis setelah mereka menerima laporan daripada bapa saudara Youssef. Berdasarkan pengakuan awal daripada Hanna yakni selepas penangkapannya, dia mendakwa dirinya ada mengalami penyakit mental selain tidak pernah berniat untuk membunuh anaknya. Media juga melaporkan bagaimana Hanaa menetak kepala anaknya dengan parang sebanyak empat kali tetakan.

Sementara itu, bapa Youssef yang hanya dikenali sebagai H.A. berpendapat Hanaa yang juga merupakan bekas isterinya melakukan pembunuhan kejam itu dalam keadaan sedar dan waras. H.A. dan Hanaa telah pun bercerai sejak empat tahun lepas di mana hak penjagaan anak diberikan kepada Hanaa. Menurut H.A. lagi, dia pernah cuba memujuk Hanaa untuk kembali bersama dengannya. Walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku, H.A. sentiasa melawat Youssef bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Dakwa H.A. lagi, Hanaa dilihat cuba menanam kebencian dalam diri Youssef untuk membenci dirinya.
Kes ini masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. Pemantauan tahap kesihatan mental Hanaa juga akan turut dilakukan.
Catat Ulasan for "WANITA BUNUH, MAKAN KEPALA ANAK SENDIRI"