FOTO SIAPA?
Kisah ringkas seorang wanita yang dikejutkan dengan
kewujudan sekeping foto menyeramkan dalam galeri telefon di mana telefonnya
sebelum itu telah dimainkan oleh anak lelakinya.
Dijadikan cerita, ada seorang wanita tinggal berdua dengan
anak lelakinya yang berusia enam tahun. Pada satu hari, wanita tersebut telah
membeli sebuah telefon pintar baru. Sebaik saja wanita itu pulang ke rumahnya,
dia pun meletakkan telefon baru tersebut di atas meja makanan sebelum memulakan
aktiviti memasak sempena makan malam.
Lebih kurang pukul 10 malam, wanita itu masuk ke dalam bilik
tidur anaknya untuk mengambil semula telefon. Dia melihat anak lelaki
kesayangannya sudah pun tidur di atas katil. Telefon wanita tersebut ada
bersebelahan dengan kanak-kanak lelaki itu. Tanpa berlengah, telefon tersebut pun
diambil oleh wanita tersebut. Dia kemudian melakukan pemeriksaan pada
telefonnya itu bagi memastikan anaknya tidak terpadam apa-apa yang penting. Cuma
ada sedikit perubahan yang berlaku pada telefon tersebut iaitu tema dan nada
dering sudah pun bertukar.
Wanita itu seterusnya memeriksa bahagian galeri foto dalam telefon tersebut. Wanita tersebut tersenyum sendirian melihat foto-foto yang ditangkap oleh anaknya termasuklah swafoto. Foto terakhir yang diambil oleh kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun telah menarik perhatian wanita tersebut. Dahi wanita tersebut berpeluh selain bulu romanya naik meremang. Wanita itu juga sempat menggosok matanya secara berulang kali kerana dia berasa khuatir dengan apa yang dilihatnya waktu tersebut adalah sekadar khayalan semata-mata. Wanita itu ternyata tidak berkhayal. Foto yang dia lihat tersebut adalah foto anak lelakinya yang sedang tidur. Pada bahagian kiri foto tersebut, ada penampakan separuh wajah wanita tua menakutkan yang kelihatan seperti berswafoto.
Catat Ulasan for "FOTO SIAPA? "