Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BENEDICT CUMBERBATCH YANG PERNAH DICULIK

    Tidak boleh dinafikan bahawa Benedict Cumberbatch merupakan salah seorang aktor yang paling berpengaruh pada masa kini. Namun tahukah anda bahawa aktor yang terkenal dengan peranannya dalam siri Sherlock dan filem Dr. Strange ini pernah mengalami satu kejadian hampir meragut nyawanya di mana dia telah menjadi mangsa penculikan.

RM10.90 : Link Shopee - https://shope.ee/6pWXijNnUh

    Kejadian ini dilaporkan berlaku pada tahun 2004 bertempat di negara Afrika Selatan. Waktu tersebut, Benedict yang berusia 27 tahun sedang menjalani penggambaran filemnya yang berjudul To The Ends of The Earth. Dijadikan cerita yakni pada satu hari, Benedict bersama dengan dua orang lagi rakan pelakonnya iaitu Denise Black dan Theo Landey sedang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan selepas selesai sesi latihan menyelam.

Mereka bertiga yang menaiki kereta telah melalui kawasan jalan raya sunyi sepi. Tanpa diduga, tayar kereta yang mereka naiki tersebut tiba-tiba saja pancit. Kereta itu pun terpaksa berhenti di tepi jalan. Benedict kemudian keluar dari kereta tersebut untuk menggantikan tayar pancit tersebut dengan tayar ganti yang sedia ada. Saat paling mengejutkan apabila enam orang lelaki bersenjata tidak lain tidak bukan kumpulan perompak tiba-tiba muncul dari kawasan semak-samun berhampiran.

    Benedict kemudian diikat sebelum dia ditempatkan di dalam but kereta itu. Denise dan Theo pula dipaksa untuk duduk di tempat duduk belakang kereta. Puas Denise merayu kepada kumpulan perompak tersebut supaya mereka semua dilepaskan. Begitu juga dengan Benedict. Kumpulan perompak itu dikatakan sempat berselisih faham sesama mereka sebelum semua sepakat untuk melepaskan Benedict dan rakan-rakannya. Benedict seterusnya disuruh keluar dari but kereta lalu pergi duduk bersama dengan Denise dan Theo. Ketiga-tiga mereka dirompak dengan kad bank milik mereka dilarikan. Benedict, Denise dan Theo bernasib baik apabila mereka pada akhirnya telah ditinggalkan oleh kumpulan perompak tersebut di sebuah kawasan terpencil. Mujur sajalah ada warga tempatan yang menemui mereka sesudah itu. Kumpulan perompak tersebut tidak pernah berjaya ditangkap sama sekali.

RM63.50 : Link Shopee - https://shope.ee/8eyBuDQmEW

    Kisah penculikan ini hanya didedahkan oleh Benedict pada beberapa tahun selepas insiden penculikan tersebut berlaku.  Apa yang pasti, Benedict berasa lega kerana telah terselamat dalam insiden penculikan itu sekaligus memberikan peringatan kepadanya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Catat Ulasan for "KISAH BENEDICT CUMBERBATCH YANG PERNAH DICULIK"