KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NEERAJ GROVER
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara India pada
tahun 2008. Tahun tersebut, Neeraj Grover adalah seorang lelaki berusia 25
tahun yang bekerja sebagai pegawai eksekutif televisyen untuk sebuah syarikat
penerbitan terletak di Mumbai. Neeraj dikatakan sebagai seorang lelaki yang
sangat baik, peramah selain begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.
RM12.00 : Link Shopee - https://shope.ee/9UXG1u7PrW |
Diringkaskan cerita yakni pada satu hari, Neeraj telah terlibat dalam satu sesi pencarian uji bakat pelakon baru untuk diketengahkan dalam industri perfileman Hindi. Sewaktu sesi uji bakat tersebut berlangsung, Neeraj berkenalan dengan seorang peserta wanita cantik berdialek Kannada yang bernama Maria Monica Susairaj. Disebabkan Maria kurang fasih berbahasa Hindi, maka peluangnya untuk berjaya dalam sesi uji bakat itu agak tipis. Neeraj bagaimanapun tetap bersedia untuk membantu Maria bertapak dalam dunia televisyen Hindi. Perkara ini adalah disebabkan Neeraj dikatakan telah tertarik dengan personaliti yang ada pada diri Maria. Seperkara harus diketahui, Maria pada waktu tersebut sudah pun bertunang dengan seorang lelaki anggota tentera laut yang dikenali sebagai Emile Jerome Mathew.
Neeraj dan Maria telah bertukar nombor telefon sebelum saling berhubung menerusi teks mesej dan panggilan telefon. Hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat lalu kerap berjumpa bagi meluangkan masa bersama. Maria yang menjadi semakin serius untuk menjadi aktres terkenal juga membuat keputusan untuk menyewa sebuah apartment di Malad, Mumbai. Kisah sebenar bermula pada malam 6 Mei 2008 apabila Neeraj telah datang ke apartment sewa Maria untuk membantu wanita tersebut memindahkan barang. Pada masa sama, Emile yang menelefon Maria telah terdengar suara Neeraj. Perkara ini sekaligus menimbulkan kemarahan Emile yang sempat memberi amaran kepada Maria untuk menyuruh Neeraj beredar pergi dari apartment itu.
RM56.80 : Link Shopee - https://shope.ee/5zxNrYsOq8 |
Keesokan paginya, Maria terdengar bunyi loceng pintu masuk apartment sewanya ditekan. Apabila pintu tersebut dibuka, Maria berasa sangat terkejut apabila melihat Emile berdiri di depannya. Apa yang pasti, Emile yang tiba menerusi penerbangan pesawat pada hari itu adalah tanpa pengetahuan Maria. Melihat Neeraj yang masih berada dalam apartment tersebut, kemarahan Emile semakin membuak-buak hingga berlakunya pertengkaran fizikal antara mereka. Emile yang tidak berpuas hati telah mengambil pisau di dapur lalu menikam badan Neeraj secara bertubi-tubi hingga mati. Hanya selepas Neeraj tidak lagi bernyawa, barulah Emile sedar bahawa dia telah melakukan satu tindakan di luar kawalan.
Emile dan Maria yang dalam ketakutan sama-sama berpakat untuk menghapuskan bukti bagi mengelakkan diri mereka daripada ditangkap. Jadi apa yang Maria lakukan, dia keluar membeli cadar, kain langsir dan dua buah beg. Cadar dan langsi sedia ada dalam apartment itu ditukar dengan kadar segera. Lain-lain peralatan yang dibeli adalah pisau yang digunakan untuk memotong mayat Neeraj kepada 300 bahagian. Diulangi, 300 bahagian. Selesai berbuat sedemikian, Maria pun meminjam kenderaan untuk membawa bahagian mayat Neeraj yang sudah dipotong tersebut. Sesudah jauh dari kawasan bandar, beg yang menganduhi mayat Neeraj itu pun dibakar.
RM7.99 : Link Shopee - https://shope.ee/3pstHleCZE |
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Emile dan Maria. Penangkapan terhadap Maria dibuat selepas pihak polis menerima laporan kehilangan Neeraj. Pihak keluarga Neeraj membuat laporan polis berkenaan susulan kegagalan mereka untuk menghubungi Neeraj sejak dari 6 Mei 2008. Difahamkan pihak polis sememangnya mengesyaki Maria sejak dari awal lagi kerana mereka mendapat maklumat tentang kunjungan Neeraj ke apartment wanita terbabit pada hari kehilangannya. Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian, mereka telah menemui kesan darah di lantai dan mendapati cadar serta kain langsir baru yang ditukar oleh Maria. Rekod pembelian cadar dan kain langsir baru tersebut didapati telah dibeli dari pusat membeli belah yang berdekatan. Sementara itu, hasil keputusan ujian darah yang ditemui di lokasi kejadian adalah sepadan dengan darah milik Neeraj.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Emile yang didapati bersalah atas pertuduhan mematikan orang dengan salah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Maria pula dipenjarakan selama 3 tahun kerana didapati bersalah menghapuskan barang bukti.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NEERAJ GROVER"