BAPA ROGOL, BUNUH ANAK PEREMPUAN KANDUNG SENDIRI
INDONESIA - Tular di Indonesia tentang kes pembunuhan kejam seorang
wanita yang mati dibunuh dengan begitu kejam oleh bapa kandungnya sendiri.
Mayat mangsa berusia 20 tahun tersebut dikenali sebagai Desy Lailatul Khoiriyah
manakala suspek pula dikenal pasti sebagai Suprapto, 47 tahun.
Berdasarkan laporan media tempatan Indonesia, Suprapto
membuat pengakuan kepada pihak polis pembunuhan tersebut dilakukan kerana dia
sering dimaki oleh Desy. Ditambah lagi dengan Desy yang tidak pernah cuba untuk
menegurnya telah menyebabkan Suprapto semakin berdendam dengan anak
perempuannya itu. Difahamkan Suprapto bukanlah seorang bapa yang baik. Sejak
Desy dari kecil, dia diabaikan oleh Suprapto daripada segi nafkah dan kasih
sayang.
Menerusi kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa, kejadian
pembunuhan bermula pada malam 5 Julai 2023 yang lepas di rumah mereka apabila
Suprapto memaksa Desy untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.
Suprapto menyuruh Desy berbuat sedemikian atas faktor kepercayaan di desa
mereka di mana pasangan kekasih yang berasal dari desa sama boleh menyebabkan
malapetaka berlaku. Namun apabila Desy memilih untuk kekal bersama dengan teman
lelakinya, perkara ini telah menimbulkan kemarahan Suprapto. Maka berlakulah
pertengkaran antara dua beranak itu. Ibu Desy dikatakan tiada di rumah sewaktu
kejadian berlaku.
Suprapto yang bagai dirasuk syaitan kemudian telah menekup mulut dan seterusnya mencekik leher Desy hingga anak perempuannya itu pengsan. Desy sekali lagi ditekup mulut dan dicekik sebaik saat dia tersedar dirinya sedang dirogol oleh Suprapto. Sesudah Desy diyakini tidak lagi bernyawa, mayatnya dimasukkan Suprapto ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam kawasan sawah dengan keadana tangan serta kaki terikat. Tentang penemuan mayat Desy, mayatnya telah ditemui oleh penduduk setempat.
Selepas membunuh serta membuang mayat Desy, Suprapto telah melarikan diri akan tetapi pihak polis tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan penangkapan terhadapnya. Jika disabitkan kesalahan, Suprapto bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Catat Ulasan for "BAPA ROGOL, BUNUH ANAK PEREMPUAN KANDUNG SENDIRI"