DI MANA PEMBUNUH JUNKO FURUTA SEKARANG?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kisah pembunuhan Junko
Furuta adalah satu kisah jenayah pembunuhan paling kejam dan gila dalam dunia.
Tarikh 25 November 1988 adalah hari yang malang untuk Junko yang berusia 17
tahun waktu itu telah diculik oleh sekumpulan remaja lelaki semasa dia sedang
dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sambilannya. Lagi kejam, Junko
diseksa secara berterusan selama 44 hari sebelum akhirnya mati dibunuh. Kes ini
turut mencetuskan kontroversi selepas hukuman yang dikenakan terhadap mereka
yang terlibat dianggap sebagai terlalu ringan.
Nasib Junko dilihat tidak terbela selepas empat orang remaja
lelaki durjana yang menyeksanya itu tidak menerima hukuman setimpal. Kesemua
empat pesalah yang dikira sebagai pesalah juvana tersebut telah menerima
hukuman penjara dengan Miyano dipenjarakan selama 20 tahun, Jo Ogura 8 tahun,
Minato 5 ke 9 tahun dan Yasushi Watanabe 5 ke 7 tahun. Ada khabar angin yang
mengatakan keputusan hukuman itu dipengaruhi oleh kumpulan Yakuza. Ibu Miyano
pula telah menyalahkan Junko sebagai punca sebenar anaknya meringkuk di
penjara. Apapun, Miyano, Minato, Jo Ogura dan Yasushi Watanabe kini sudah pun
dibebaskan dari penjara. Di manakah keberadaan mereka berempat sekarang? Adakah
sudah mati, hidup bersenang-lenang atau sebaliknya?
HIROSHI MIYANO
Hiroshi Miyano dikatakan sebagai ketua kumpulan yang menyeksa Junko. Terdapat laporan yang mendakwa bahawa Hiroshi mempunyai hubungan dengan kumpulan gengster tertentu seperti Yakuza. Disebabkan itu, Hiroshi tidak pernah berasa takut dengan pihak berkuasa Jepun. Malah sewaktu Junko masih lagi dalam tahanannya, Hiroshi sempat melakukan jenayah rogol berkumpulan terhadap wanita lain di beberapa tempat yang berbeza.
Hinggalah pada akhirnya, Hiroshi telah ditangkap atas
dakwaan jenayah rogol secara berkumpulan. Dakwaan tersebut adalah untuk kes
terhadap individu lain, bukannya Junko. Namun sewaktu sesi soal siasat, pihak
polis telah menyebut tentang satu kes pembunuhan yang bukan merujuk kepada
kematian Junko. Hiroshi yang salah faham akhirnya membuat pengakuan tentang
pembunuhan Junko. Maka dengan pengakuan Hiroshi, maka terbongkarlah
segala-galanya mengenai Junko.
Hiroshi yang kemudian dipenjara selama 20 tahun telah
dibebaskan pada tahun 2009. Selepas dibebaskan, dia menukar namanya menjadi
Yokoyama. Empat tahun sesudah pembebasannya itu, Hiroshi sekali lagi ditangkap
kerana didakwa melakukan penipuan kewangan. Dia bagaimanapun dibebaskan semula
berikutan tiada pendakwaan lanjut yang dibuat terhadapnya. Ada sumber
mengatakan Hiroshi kini hidup mewah hasil aktiviti jenayah termasuk skim ala Ponzi
yang dia lakukan.
JO IGURA
SHINJI MINATO
Shinji Minato telah dipenjarakan dari 5 hingga 9 tahun. Walau
bagaimanapun, tidak jelas tempoh sebenar Shinji dipenjarakan akan tetapi apa
yang dapat dipastikan dia telah tinggal bersama dengan ibunya selepas
dibebaskan. Tahun 2018, nama Shinji kembali mendapat perhatian apabila dia
ditangkap kerana melakukan cubaan membunuh terhadap seorang lelaki berusia 32
tahun menerusi cara pukulan menggunakan batang besi dan kelaran leher dengan
pisau. Tidak diketahui sama ada Shinji telah didakwa atau tidak atas kesalahan
jenayah yang dia lakukan itu.
YASUSHI WATANABE
Catat Ulasan for "DI MANA PEMBUNUH JUNKO FURUTA SEKARANG? "