GARA-GARA INGIN BERPISAH, GADIS INI DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH TEMAN LELAKI
INDIA - Pada sekitar bulan Mei 2023 lalu, satu kes
pembunuhan kejam yang berlaku di negara India telah menjadi tular di intenet.
Menerusi klip rakaman video pembunuhan tersebut yang tersebar di laman media
sosial, seorang gadis remaja ditikam secara bertubi-tubi oleh seorang lelaki
menggunakan pisau. Tak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menghentak
kepala gadis tersebut dengan blok konkrit. Perkara paling menimbulkan kemarahan
orang ramai dalam kes ini adalah bagaimana orang awam yang lalu lalang di
lokasi kejadian langsung tidak berbuat apa-apa untuk menolong mangsa.
Difahamkan pelaku yang berusia 20 tahun iaitu Sahil Khan
merupakan seorang pekerja mekanik. Sementara itu, mangsa pula bernama Sakshi
Reddy, 16 tahun. Motif pembunuhan dikatakan berpunca daripada kemarahan Sahil
terhadap Sakshi yang tiba-tiba ingin memutuskan hubungan mereka. Sehari sebelum
kejadian pembunuhan berlaku, Sakshi yang bermalam di rumah kawannya langsung
tidak menjawab panggilan yang dibuat oleh Sahil. Disebabkan itu, Sahil
bertindak untuk mengugut Sakshi supaya hubungan mereka diteruskan.
Selepas Sahil membunuh Sakshi, dia telah melarikan diri dengan tujuan untuk membuang bahan bukti. Sahil bagaimanapun berjaya ditangkap setelah pihak polis berjaya menjejakinya. Hasil laporan bedah siasat mendapati tengkorak Sakshi telah pecah selain terdapat 34 kesan kecederaan pada badan Sakshi. 20 daripada 34 kecederaan tersebut adalah kesan tikaman.
Menerusi keterangan daripada bapa Sakshi, dia mendakwa bahawa anak perempuannya itu sudah berkawan dengan Sahil selama beberapa tahun. Dia juga pernah mengingatkan Sakshi supaya fokus dengan pelajaran terlebih dahulu berbanding hubungan percintaan. Bapa Sakshi menuntut supaya Sahil dikenakan hukuman yang setimpal. Video kejadian pembunuhan boleh ditonton di sini : https://youtu.be/yEH7YJLd4ZU
Catat Ulasan for "GARA-GARA INGIN BERPISAH, GADIS INI DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH TEMAN LELAKI"