HIROAKI SAKAUE, PENJAHAT YANG PALING BAIK DI DUNIA
Pada tahun 2019, kisah seorang lelaki berusia 37 tahun yang
bernama Hiroaki Sakaue telah mendapat perhatian media Jepun selain menjadi
tular di laman media sosial. Dia ditangkap oleh pihak polis pada penghujung
bulan November tersebut selepas didapati menculik gadis di bawah umur.
Penculikan yang dilakukan Hiroaki itu bukanlah kerana dia mempunyai niat jahat.
Hiroaki sebaliknya adalah seorang penculik yang sangat baik.
Kisah bermula apabila seorang gadis dari Wilayah Hyogo yakni
pelajar sekolah menengah telah membuat ciapan di laman akaun Twitter tentang
niatnya yang ingin melarikan diri dari rumah. Ciapan itu kemudian dibalas oleh
Hiroaki yang berasal dari Saitama. Tulis Hiroaki,
“Datang ke Saitama,
saya akan menanggung awak jika sanggup belajar tentang ilmu hartanah.”
Tanpa disangka, gadis tersebut benar-benar ke datang ke
apartment kediaman Hyogo iaitu pada sekitar bulan Ogos. Gadis dari Hyogo itu
tinggal di apartment tersebut bersama dengan seorang lagi gadis dari Saitama.
Mereka berdua telah mendapat tunjuk ajar daripada Hiroaki tentang ilmu
hartanah. Kedua-dua gadis tersebut juga dilayan dengan begitu baik sekali oleh
Hiroaki di mana mereka diberi makanan sebanyak tiga kali sehari selain
diizinkan untuk menggunakan telefon dengan sambungan internet serta boleh
keluar masuk apartment sesuka hati. Malah mereka juga bebas untuk mengirim
surat kepada keluarga masing-masing. Semua kemudahan itu diperolehi oleh dua
orang gadis tersebut asalkan mereka sudi mempelajari ilmu hartanah yang diajar
Hiroaki. Seperkara lagi harus diketahui, Hiroaki sendiri tinggal di rumah yang
berasingan.
Hinggalah satu ketika, bapa kepada gadis Saitama membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya. Hasil siasatan pihak polis telah membawa mereka ke lokasi apartment Hiroaki. Sewaktu dua orang gadis dari Hyogo dan Saitama tersebut ditemui, mereka berdua berada didapati dalam keadaan baik daripada segi fizikal dan mental. Perkara ini bermaksud tiada sebarang tanda yang menunjukkan Hiroaki pernah mendera mereka.
Selepas Hiroaki ditangkap, dia telah mengakui kesalahan yang
dilakukannya. Hiroaki mendakwa dia menjadikan dua orang gadis itu sebagai anak
murid dalam bidang hartanah adalah dengan harapan mereka akan bekerja di
syarikatnya selepas tamat pengajian sekolah menengah. Hiroaki bahkan telah melakukan
segala persiapan bagi membolehkan kedua-dua orang gadis berkenaan menjalani
ujian untuk memperolehi lesen perniagaan hartanah.
Meskipun Hiroaki sebenarnya berniat baik, tindakannya tetap salah di sisi undang-undang kerana dia tidak pernah meminta kebenaran daripada ibu bapa gadis itu. Penangkapan Hiroaki ternyata telah mengundang rasa daripada pengguna laman media sosial di Jepun. Tidak jelas dengan hukuman yang Hiraoki terima.
Catat Ulasan for "HIROAKI SAKAUE, PENJAHAT YANG PALING BAIK DI DUNIA"