Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

INI “ENDING” SEBENAR FILEM DHADKAN.

    Filem Dhadkan pada tahun 2000 yang dibintangi Akshay Kumar, Sunil Shetty dan Shilpa Shetty merupakan salah satu filem romantik paling berjaya dalam sejarah industri perfileman Bollywood. Apa yang pasti, filem ini mendapat pujian orang ramai hasil lakonan mantap oleh ketiga-tiga pelakon terbabit. Namun tahukah anda bahawa pengakhiran jalan cerita Dhadkan sepatutnya bukan berakhir dengan kegembiraan.

    Imbas semula jalan cerita filem Dhadkan, filem ini mengisahkan tentang  seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya-raya iaitu Anjali (Shilpa Shetty) yang telah menjalinkan hubungan dengan pemuda miskin bernama Dev. Hubungan mereka bagaimanapun ditentang oleh bapa Anjali kerana status Dev sebagai orang miskin. Bapa Anjali sudah pun mempunyai lelaki pilihan untuk dijadikan sebagai suami Anjali. Lelaki yang dimaksudkan adalah Ram (Akshay Kumar) yakni seorang ahli perniagaan berjaya. Anjali terpaksa akur dengan perintah bapanya untuk berkahwin dengan Ram. Perkara ini sekaligus telah menyebabkan Dev benar-benar berasa kecewa. Diringkaskan cerita, Dev kemudian muncul semula untuk memenangi hati Anjali. Kali ini, Dev sudah pun kaya-raya. Cuma pada waktu ini, Anjali sememangnya sudah pun mencintai Ram sepenuh hati. Ego Dev berasa tercabar sebelum dia bertindak untuk membuatkan hidup Ram merana. Pada pengakhiran cerita, Dev akhirnya sedar Anjali tidak akan lagi kembali padanya setelah dia mendapat tahu pujaan hatinya itu telah pun mengandungkan anak Ram. Pengakhiran yang menggembirakan apabila Dev menemui cinta sejati dengan memilih Sheetal (Mahima Chaudry) sebagai teman hidupnya.

    Pada tahun 2020, Shilpa Shetty mendedahkan bahawa perancangan asal untuk pengakhiran filem Dhadkan sebenarnya adalah mematikan watak Dev. Kematian Dev itu berlaku serta-merta selepas Anjali memberitahu tentang dirinya yang sudah pun mengandungkan anak Ram. Walau bagaimanpun, watak Dev tidak jadi untuk dimatikan kerana pengarah filem Dhadkan enggan penonton berasa sedih. Cerita Shilpa Shetty lagi, watak Dev pada mulanya dilakonkan oleh aktor lain. Disebabkan aktor yang tidak didedahkan nama tersebut dilihat kurang sesuai memegang watak Dev, maka watak berkenaan telah ditawarkan kepada Sunil Shetty. 

Catat Ulasan for "INI “ENDING” SEBENAR FILEM DHADKAN. "