Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH HANTU WANITA LAPAN KAKI TINGGI

    Ini adalah kisah legenda urban seram dari Jepun tentang “Hachishakusama” iaitu hantu wanita berketinggian lapan kaki yang memakai topi serta berpakaian serba putih. Saat Hachishakusama muncul, hantu ini akan mengeluarkan bunyi suara,

    “Po...po...po...po...po...”

***

RM6.99 : Link Shopee -https://shope.ee/qFQ01MAte

    Datuk dan nenekku tinggal di negara Jepun. Pada setiap musim panas, aku akan dibawa oleh ibu bapaku pergi melawat datuk dan nenekku itu yang di sebuah kawasan perkampungan kecil. Halaman belakang rumah mereka boleh dikatakan sangat luas hingga menjadi tempat kegemaranku untuk bermain. Kedatangan kami sekeluarga kebiasaannya disambut dengan begitu gembira oleh datuk dan nenekku. Memandangkan status aku sebagai cucu tunggal, maka tidak hairanlah datuk dan nenek begitu memanjakanku.

    Dijadikan cerita yakni semasa aku berusia 8 tahun, ibu bapaku telah menempah tiket penerbangan menuju ke Jepun. Setibanya di lapangan terbang sana, kami sekeluarga pun terus menuju ke rumah datuk dan nenekku. Melihat kedatangan kami sekeluarga, datuk dan nenekku berasa begitu gembira. Malah aku juga telah mendapat beberapa jenis hadiah daripada mereka. Beberapa hari berikutnya, ibu bapaku meluangkan masa mereka berdua untuk pergi bercuti di kawasan Jepun yang lain. Aku pula ditinggalkan untuk dijaga oleh datuk dan nenekku.

RM5.98 : Link Shopee : https://shope.ee/9KDy7j9nLD

    Pada satu hari, aku bermain di halaman belakang rumah. Datuk dan nenekku pada waktu tersebut pula sedang berada di dalam rumah. Saat sedang leka bermain, tiba-tiba aku terdengar satu suara yang aneh.

    “Po...po...po...po...po...po...”

    Aku tidak pasti bunyi suara apakah itu akan tetapi pada masa sama aku tetap cuba mencari dari arah mana suara tersebut datang.

“Po...po...po...po...po...po...” Sekali lagi suara tersebut kedengaran dengan nada suara lelaki yang garau.

    Setelah puas mencari arah bunyi suara itu, aku tiba-tiba ternampak sesuatu di belakang pagar tinggi yang ada di sekeliling halaman. Apa yang aku lihat adalah topi jerami. Diulangi, topi jerami tersebut di belakang. Di situlah arah bunyi suara aneh yang aku dengari sejak dari tadi.

    “Po...po...po...po...po...po...”

    Topi jerami itu tiba-tiba saja bergerak seperti sedang dipakai oleh seseorang. Pergerakan topi jerami tersebut bagaimanapun terhenti di satu ruang antara pagar halaman itu. Apa yang aku lihat, pemakai topi jerami tersebut adalah seorang wanita memakai pakaian berwarna putih. Tinggi wanita itu menyamai ketinggian pagar halaman iaitu 8 kaki. Aku berasa terkejut apabila melihat wanita tersebut tinggi seperti itu. Beberapa saat kemudian, wanita tersebut hilang daripada pandangan mata.

RM5.00 : Link Shopee - https://shope.ee/1AsGOpgSNW

    Aku yang berasa keliru dengan insiden penampakan itu segera masuk ke dalam rumah. Waktu tersebut, datuk dan nenekku sedang meminum air teh di meja dapur. Maka aku pun duduk serta di meja itu sebelum menceritakan kepada mereka tentang kejadian yang baruku alami. Pada mulanya datuk dan nenekku kelihatan seperti acuh tak acuh mendengar ceritaku. Namun saat aku menyebut “Po...po...po...po...po...po...”, raut wajah datuk dan nenekku terus berubah serta-merta.

    Nenek menutup mulutnya dengan tangan manakala datuk pula memegang lenganku dengan muka yang serius.

    “Soalan atuk ni penting.” Suara datukku kedengaran keras.

    “Tinggi mana wanita yang awak lihat tadi?

    “Tinggi macam pagar...” jawabku yang mulai ketakutan.

    Bertubi-tubi soalan yang datuk ajukan kepadaku.

    “Dekat mana wanita tu berdiri?”

    “Bila kejadian ni berlaku?”

    “Apa yang awak lakukan?”

    “Wanita tu nampak awak?

    Semua soalan itu aku cuba jawab dengan sebaik yang mungkin. Datukku bangun lalu pergi menuju ke arah telefon sebelum menelefon seseorang. Suara perbualan telefon tersebut tidak dapatku dengar dengan jelas. Nenekku yang masih berada di depanku kelihatan menggeletar.

    Datukku kembali ke arahku. Dia meninggalkan pesanan kepada nenekku.

    “Saya nak keluar sekejap. Awak jaga budak ni. Mohon jangan terlepas pandang walaupun untuk sesaat.”

BERSAMBUNG (Sumber : Scary 4 kids)

Catat Ulasan for "KISAH HANTU WANITA LAPAN KAKI TINGGI"