Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH TRAGIS KEMATIAN JOHN ALLEN CHAU DI PULAU SENTINEL UTARA

    Pulau Sentinel Utara adalah salah satu daripada pulau Kepulauan Andaman yang terletak di bawah jajahan negara India. Terdapat satu puak terpencil yang mendiami Pulau Sentinel Utara ini di mana mereka telah terasing daripada modenisasi sejak sekian lama. Mengikut kajian, puak Sentinel ini adala manusia berketurunan Afrika yang telah berhijrah ke Kepulauan Andaman sejak puluhan ribu tahun yang lalu. Dianggarkan hanya terdapat 50 ke 150 keluarga yang menghuni Pulau Sentinel Utara pada hari ini. Kawasan Pulau Sentinel Utara ini dikawal sepenuhnya oleh angkatan tentera laut India.

RM6.99 : Link Shopee - https://shope.ee/qFQ01MAte

    Puak Sentinel bersifat agresif kepada semua orang bagi memastikan kehidupan mereka tidak terancam. Dalam erti kata lain, puak Sentinel tidak suka dengan kehadiran orang luar. Pihak pemerintah India bahkan telah melarang mana-mana pihak daripada mendekati Pulau Sentinel Utara kurang dari 5 kilometer kerana puak Sentinel mempunyai sistem imunisasi rendah yang membolehkan mereka terdedah dengan penyakit tertentu hingga membawa kepada kematian.

    Mengikut catatan sejarah, banyak pihak yang pernah cuba untuk berhubung serta baik dengan puak Sentinel ini sejak dari dulu. Ini termasuklah para penjajah dan ahli antropologi. Namun semuanya tidak berakhir dengan apa yang diharapkan. Apa yang dapat dipastikan hasil kajian tentang puak Sentinel ini adalah mereka diyakini masih mengamalkan tradisi berburu seperti zaman lampau. Puak Sentinel juga tidak memahami perkara asas kehidupan seperti kesihatan, pengiraan, penulisan, cuaca dan lain-lain. Seperti lagi harus diketahui, tiada sesiapa dapat memahami bahasa pertuturan yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian.

    Puak Sentinel ini bersifat anti kepada manusia luar. Kebiasaannya puak Sentinel akan menggunakan anak panah untuk menyerang pihak yang dikhuatiri memberikan ancaman kepdaa mereka. Tahun tahun 2004, puak Sentinel telah melakukan tembakan anak panah serta melontar lembing ke arah sebuah helikopter pihak kerajaan India yang sedang melakukan tinjauan di Pulau Sentinel Utara pada tiga hari selepas insiden gempa bumi. Dua tahun selepas itu yakni pada tahun 2006, dua orang pemancing lelaki warganegara India mati diserang oleh puak Sentinel sebelum dibunuh dengan menggunakan senjata berbentuk kapak. Pembunuhan tersebut berlaku kerana dua orang pemancing itu memancing berdekatan dengan Pulau Sentinel Utara.

RM5.98 : Link Shopee - https://shope.ee/9KDy7j9nLD

    Dalam satu kejadian yang menjadi tular pada pertengahan bulan November tahun 2018, seorang mubaligh Kristian yang dikenali sebagai John Allen Chau melakukan perkara di luar jangkaan apabila memasuki Pulau Sentinel Utara untuk menyebarkan agama Kristian. John dapat melepasi kawalan untuk masuk ke dalam pulau berbahaya tersebut hasil pertolongan daripada beberapa orang nelayan yang dia telah bayar dengan sejumlah wang. Lagi dahsyat, John sanggup mengambil risiko untuk pergi ke Pulau Sentinel Utara itu secara bersendirian. Percubaan kali pertama dan kedua John untuk bersemuka dengan puak Sentinel dengan aman tidak berhasil seperti yang dirancang. John bagaimanapun tidak berputus asa sebelum dia melawat ke Pulau Sentinel Utara buat kali ketiga akan tetapi pada kali ini nasib ternyata tidak menyebelahinya. Puak Sentinel telah membunuh John lalu menanam mayatnya di dalam pasir pantai.

    Menerusi catatan diari milik John yang sempat diserahkan kepada nelayan sebelum kematiannya, dia telah bercerita mengenai budaya, lokasi, jarak dan lain-lain lagi perkara mengenai puak Sentinel hasil pemerhatiannya sewaktu bersemuka dengan puak yang sudah semakin pupus itu. Susulan insiden pembunuhan John tersebut, pihak kerajaan India membuat keputusan untuk membiarkan saja mayatnya di Pulau Sentinel Utara. Pada masa sama, pihak berkuasa telah menangkap tujuh orang nelayan yang dipercayai membantu John menceroboh masuk ke dalam kawasan pulau larangan itu. Di sebelah pihak keluarga John, mereka telah bersepakat untuk memaafkan puak Sentinel atas pembunuhan John. Salah satu dalam baris ayat terakhir John yang dia tulis dalam diarinya,

    “Tolong jangan marah kepada mereka atau Tuhan sekiranya saya mati. Saya cinta kamu semua.”

RM5.00 : Link Shopee - https://shope.ee/1AsGOpgSNW

Catat Ulasan for "KISAH TRAGIS KEMATIAN JOHN ALLEN CHAU DI PULAU SENTINEL UTARA"