KRONOLOGI PEMBUNUHAN KEJAM DI SLEMAN
Pada 12 Julai 2023, sekumpulan remaja pergi memancing di
kawasan Sungai Bedog, Turi, Sleman. Dijadikan cerita, salah seorang daripada pemancing
tersebut secara tidak sengaja telah menemui satu tangan dan sepasang kaki
manusia yang sudah dikerat. Mereka semua yang berasa ketakutan segera melarikan
diri dari kawasan sungai itu lalu memaklumkan tentang penemuan mengerikan tersebut
kepada penduduk sekitar yang terus
membuat laporan polis.
Setibanya pihak polis di lokasi, mereka segera melakukan
operasi pencarian bahagian mayat yang lain di lokasi berdekatan dengan sungai
itu. Hasil pencarian awal, pihak polis berjaya mengesan lima lagi bahagian tubuh
badan mayat tersebut. Identiti mangsa yang dikerat itu pada mulanya sukar untuk
dikenal pasti tetapi pada masa sama pihak polis tidak menolak sebaran
kemungkinan bahawa mangsa mempunyai hubung kait dengan satu laporan kes orang
hilang yang dibuat oleh satu keluarga pada sehari sebelum kejadian potongan
mayat tersebut ditemui. Menerusi maklumat data peribadi orang hilang itu, pihak
polis berjaya menjejaki isyarat telefonnya yang dikesan berada di sebuah rumah
sewa tidak jauh dari sungai tersebut.
Pihak polis tidak melengahkan masa untuk pergi memeriksa rumah sewa itu. Sewaktu kedatangan pihak polis, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah sewa tersebut. Pemeriksaan pun dilakukan di mana pihak polis telah menemui beberapa bahan bukti penting seperti periuk, pisau, tali, tukul, cangkul dan selipar yang diyakini sebagai milik pelaku. Pihak polis mempercayai bahawa kejadian pembunuhan dan kerat mangsa berlaku di rumah sewa tersebut. Malah terdapat bukti menunjukkan beberapa bahagian mayat yang itu telah direbus terlebih dahulu sebelum dibuang ke beberapa lokasi berbeza. Berdasarkan maklumat awal yang pihak perolehi, penyewa rumah sewa itu adalah seorang pekerja restoran berusia 29 iaitu Waliyin.
Pada dua hari berikutnya yakni pada 15 Julai 2023, pasukan pencarian telah berjaya menemui kepala dan tulang yang diyakini sebagai mangsa yang sama di sebuah kawasan jambatan. Difahamkan, bahagian mayat mangsa yang telah dikerat itu dibuang ke lima lokasi berbeza. Pihak polis tidak memerlukan masa yang lama untuk menangkap Waliyin dan seorang lagi rakannya yang dinama sebagai RD (38 tahun). Penangkapan tersebut dibuat sewaktu dua orang lelaki itu sedang dalam usaha mereka untuk melarikan diri. Mengenai mangsa, kebanyakan media tempatan Indonesia mengesahkan identitinya sebagai Redo Tri Agustian yang berusia 20 tahun. Redo adalah seorang penuntut Universiti Muhammadiyah di Jogjakarta.
Catat Ulasan for "KRONOLOGI PEMBUNUHAN KEJAM DI SLEMAN"