LARRY NASSAR JADI MANGSA TIKAMAN DI PENJARA
AMERIKA SYARIKAT –
Media melaporkan bahawa Larry Nassar telah menjadi mangsa serangan tikaman di
dalam penjara Florida yakni tempatnya dipenjarakan. Difahamkan Larry Nassar ditikam
beberapa kali. Status sebenar kecederaan Larry Nassar tidak diketahui akan tetapi
apa yang dapat disahkan adalah dia telah ditikam pada bahagian dada dan
belakang badan. Dia kini bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Selain
itu, tidak jelas sama ada Larry Nassar secara individu atau berkumpulan. Namun
apa yang dapat dipastikan, dia diserang oleh banduan pembenci golongan
pedofilia.
Larry Nassar merupakan bekas doktor perubatan yang pernah
berkhidmat untuk pasukan gimnastik Amerika Syarikat dengan reputasi sebagai pakar
terkemuka dalam bidang perubatan sukan. Larry Nassar sebelum ini telah
dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas beberapa kesalahan jenayah seksual
seperti mencabul ratusan atlet dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Antara
atlet gimnastik yang pernah dicabulnya termasuklah pemenang pingat emas olimpik
seperti Simone Biles, Aly Raisman dan McKayla Maroney. Larry Nassar
kebiasaannya akan melakukan perbuatan tidak bermoralnya itu semasa sesi ‘rawatan
perubatan’,
Lebih daripada 100 orang yang pernah menjadi mangsa pencabulan Larry Nassar bertindak memfailkan saman berjumlah $1 bilion kepada pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana pihak FBI (Federal Bureau of Investigation) atas kegagalan menghentikan perbuatan bekas doktor terbabit. Menerusi kenyataan beberapa orang atlet gimnastik Amerika Syarikat pada tahun 2018, mereka mendakwa pernah membuat aduan kepada jurulatih tentang perbuatan jijik Larry Nassar yang sudah dilakukannya lebih daripada sedekad akan tetapi tiada sebarang tindakan lanjut dibuat,
Catat Ulasan for "LARRY NASSAR JADI MANGSA TIKAMAN DI PENJARA "