Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI DIBUNUH, DIKERAT SEBELUM DIREBUS

    INDONESIA - Seorang lelaki berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai R menjadi pembunuhan kejam di mana mayatnya dilaporkan dikerat kepada beberapa bahagian. Malah berdasarkan siasatan polis mendapati dua orang pelaku iaitu W (29 tahun) dan RD (38 tahun) sempat merebus bahagian badan mangsa yang mereka telah kerat tersebut.

    Memetik kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa, mangsa dan pelaku difahamkan saling mengenali antara satu sama lain di mana perkenalan mereka bertiga sebelum ini bermula daripada laman media sosial. Kejadian bermula apabila berlaku kekerasan antara pelaku dengan mangsa di bilik sewa W. Kekerasan itu telah menyebabkan R meninggal dunia di lokasi kejadian sekaligus menyebabkan W dan RD berasa panik. Perkara ini sekaligus memaksa W dan RD mengerat mayat mangsa pada bahagian kepala, pergelangan tangan, kaki dan lain-lain. Mayat mangsa itu dikerat oleh pelaku bagi tujuan menghapuskan cap jari mangsa.

    Potongan mayat mangsa tersebut kemudian dimasukkan ke dalam bungkusan plastik lalu dibuang ke beberapa lokasi berbeza sebelum ditemui oleh pihak polis yang melakukan pencarian. Jika disabitkan kesalahan, pelaku bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara maksimum 15 tahun.

Catat Ulasan for "LELAKI DIBUNUH, DIKERAT SEBELUM DIREBUS"