Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MISTERI KEMATIAN AKTRES JIAH KHAN YANG PERNAH MENGGEGARKAN INDIA

    Pada tahun 2013, aktres India yang sedang meningkat naik iaitu Jiah Khan ditemui mati tergantung pada siling dalam bilik tidur kediaman keluarganya yang terletak di Juhu, Mumbai. Walaupun kematian Jiah Khan disahkan oleh pihak berkuasa sebagai kes bunuh diri, ibunya percaya bahawa aktres tersebut telah dibunuh oleh teman lelakinya yang juga merupakan aktor kacak, Sooraj Pancholi. Hingga pada hari ini, ibu Jiah Khan masih lagi berusaha mencari keadilan untuk anak kesayangannya itu.

RM35 : Link Shopee - https://shope.ee/8KLOBFg7TU

    Jiah Khan atau nama sebenarnya, Nafisa Rizvi Khan dilahirkan pada 20 Februari 1988 bertempat di New York, Amerika Syarikat. Ibu Jiah Khan yang bernama Rabia Khan merupakan bekas aktres Bollywood. Seawal usia Jiah Khan 2 tahun, dia tinggal berdua dengan ibunya selepas bapanya meninggalkan mereka. Rabia Khan berkahwin buat kali kedua sewaktu Jiah Khan berusia 5 tahun. Hasil perkahwinan kedua Rabia ini, dia telah melahirkan dua orang lagi anak perempuan yang diberikan nama sebagai Kavita dan Karishma.

    Diringkaskan cerita, Jiah Khan mengikut jejak langkah ibunya menjadi pelakon di mana dia membuat penampilan sulung dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem Nishabd (2007). Jiah Khan seterusnya mendapat kepercayaan untuk berlakon dalam filem Ghajini (2008) diikuti dengan Housefull (2010). Nama Jiah Khan bagaimanapun mula tenggelam selepas dia dikatakan membuat laporan tentang gangguan seksual yang diterimanya daripada seorang pengarah filem.

RM0.25 : Link Shopee - https://shope.ee/7A9RGAibKL

    Pada tahun 2012, Jiah Khan mula berkenalan dengan Sooraj Pancholi. Seperkara harus diketahui, Sooraj adalah anak kepada pasangan pelakon terkenal India iaitu Aditya Panchol dan Zarina Wahab. Perkenalan antara Jiah Khan dengan Sooraj yang bermula dari laman media sosial Facebook tersebut telah membawa kepada bibit percintaan mereka.

    Kisah sebenar bermula pada malam 3 Jun 2013. Lebih kurang pukul 11 malam, Rabia telah menemui Jiah Khan tergantung dengan kain selendang pada siling dalam bilik tidur. Melihat keadaan Jiah Khan sedemikian, Rabia yang panik terus menjerit meminta bantuan pertolongan daripada jiran terdekat. Jiah Khan bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian pada waktu kemudian. Lebih menyedihkan, Jiah Khan pada waktu itu dijadualkan untuk menjemput Kavita di lapangan terbang. Kepulangan Kavita ke India tersebut adalah bagi meraikan hari ulang kelahirannya yang ke-21 tahun bersama dengan keluarga tercinta.

RM469 : Link Shopee - https://shope.ee/AK6T2F411T

    Pada mulanya, pihak yang berkenaan telah mengklasifikasikan kes kematian Jiah sebagai kes bunuh diri yang mungkin disebabkan kemurungan. Rabia bagaimanapun menolak mentah-mentah perkara itu kerana dia percaya bahawa Jiah Khan sebenarnya mati dibunuh dengan dalang pembunuhan tidak lain tidak bukan adalah Sooraj. Benar atau tidak Jiah Khan dibunuh, perkara yang dapat dipastikan adalah dia mati sewaktu sedang bersendirian di rumah tersebut. Sooraj telah ditangkap oleh pihak polis pada 10 Jun 2013 untuk siasatan lanjut akan tetapi dia dibebaskan dengan ikat jamin pada bulan Julai tahun sama. Pihak CBI (Central Bureau of Investigation) telah mengambil alih siasatan kes kematian Jiah Khan ini pada tahun 2014 bagi menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Rabia.

    Dakwaan Rabia sebenarnya bersebab. Mayat Jiah Khan dikesan mempunyai beberapa kecederaan yang sukar untuk diperjelaskan seperti kesan lebam dan luka tertentu. Perkara ini bermaksud kecederaan yang bukan disebabkan kain selendang yang menjerut leher Jiah Khan. Selain itu, pakaian yang dipakai Jiah Khan sewaktu mayatnya ditemui adalah berbeza dengan pakaian yang telah dia pakai pada waktu sebelum kematiannya. Pada masa sama, tiada siapa yang dilihat keluar masuk ke lokasi kejadian selain Jiah Khan.. Perkara ini disahkan menerusi rakaman litar tertutup yang ada di situ. Cuma apa yang aneh, pakaian Jiah Khan yang dia pakai sebelum memasuki rumahnya itu tidak dapat untuk ditemui sama sekali. Dalam erti kata lain, hilang secara misteri. Perkara paling mendapat perhatian dalam kes ini adalah bagaimana kesan darah yang dikesan pada seluar dalam Jiah Khan tidak pernah dilakukan pemeriksaan DNA.

RM22.60 : Link Shopee - https://shope.ee/7A9RGbXh7R

    Menurut keterangan daripada saksi, Jiah Khan dan Sooraj sempat bertengkar pada malam kejadian. Punca pertengkaran tersebut berpunca daripada Sooraj yang dipercayai meluangkan masa dengan wanita lain. Rabia turut mendedahkan secara umum tentang catatan Jiah Khan dalam beberapa halaman diari yang menceritakan kekerasan dan penderaan Sooraj terhadapnya. Ini termasuklah cabul serta rogol. Lagi dahsyat, Jiah Khan pernah menggugurkan kandungannya yang berusia empat bulan dengan cara menelan pil keguguran akibat dipaksa oleh Sooraj.

    Pada tahun 2016, pihak CBI mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur pembunuhan dalam kes kematian Jiah Khan. Laporan terperinci daripada pakar forensik dari British yang diupah oleh Rabia bagaimanapun menunjukkan bahawa kematian Jiah Khan adalah sesuatu terancang. Tahun 2018, Sooraj telah dikenakan pertuduhan menyebabkan kematian Jiah Khan. Nasib tidak menyebelahi Rabia apabila Sooraj terpaksa dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan tersebut pada bulan April kerana tiada sebarang bukti kukuh diperolehi untuk menyabitkan kesalahannya.

Catat Ulasan for "MISTERI KEMATIAN AKTRES JIAH KHAN YANG PERNAH MENGGEGARKAN INDIA"