Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUAMI KECEWA ISTERI JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN RAKAN SEKELAS ANAK SENDIRI

    CHINA - Tular tentang seorang wanita menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekelas anak lelakinya yang berusia 16 tahun. Rahsia gelap wanita tersebut diketahui selepas diterjah oleh suaminya.

    Menerusi laporan daripada media, suami wanita terbabit dikenali sebagai Li, 42 tahun. Difahamkan Li yang bekerja di wilayah Guangdong telah pun melayari kehidupan rumah tangga bersama dengan isterinya itu selama 18 tahun di mana mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini sudah pun berusia 16 tahun.

    Menurut Li, dia mula menyiasat perkara sebenar selepas mendapati perangai isterinya yang tiba-tiba berubah sekaligus mencurigakannya. Selepas disiasat, Li mendapat tahu isterinya telah berlaku curang yakni menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki. Lebih mengejutkan Li, kekasih gelap isterinya itu adalah rakan sekelas anak mereka. 

    Jadi pada suatu hari, Li berpura-pura keluar dari rumah sebelum kembali pulang untuk menerjah isterinya yang sedang berada di dalam bilik tidur. Dia ternyata sukar untuk mengawal emosi sebaik melihat isterinya itu sedang berbaring dengan remaja lelaki berkenaan yang berseluar dalam. Maka berlaku pertengkaran di situ sebelum cuba dileraikan oleh anak Li.

    Tidak dapat dipastikan bagaimana dengan pengakhiran situasi panas tersebut. Rata-rata pengguna internet begitu bersimpati dengan Li serta anaknya kerana bahagiaan keluarga mereka selama ini telah hancur dalam sekelip mata.

Catat Ulasan for "SUAMI KECEWA ISTERI JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN RAKAN SEKELAS ANAK SENDIRI"