SUZZANNA MALAM JUMAT KLIWON, BERSEDIAKAH ANDA UNTUK DITAKUTKAN
Filem seram terbaru Indonesia iaitu Suzzanna Malam Jumat
Kliwon yang diterajui oleh Luna Maya Luna Maya, Taskya Namya, dan Achmad
Megantara akan mula ditayangkan di pawagam pada bulan Ogos kelak. Filem ini
merupakan filem pembuatan semula Malam Jumat Kliwon pada tahun 1986 yang
dibintangi oleh mendiang Suzanna yang pernah dijolok sebagai Ratu Seram
Indonesia.
Filem Suzzanna Malam Jumat Kliwon adalah sebuah filem untuk
menghidupkan semula karakter Suzanna. Malah pihak produksi filem dilaporkan
telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan Luna semirip yang mungkin dengan
Suzanna. Malah Luna juga sanggup menaikkan berat badan untuk kelihatan seperti
Suzana masa muda.
Suzzanna Malam Jumat Kliwon mengisahkan tentang seorang
wanita penulis novel misteri bernama Ayu Sutrisna yang sukar mendapat ilham
untuk penulisan novel terbarunya. Jadi bagi mencari ilham penulisan, Ayu dan
teman lelakinya yang dikenali sebagai Anton kemudian telah pergi menginap di sebuah
rumah terbiar dalam satu kawasan perkampungan. Selepas beberapa hari tinggal di
rumah kosong itu, Ayu mula mengalami beberapa kejadian menyeramkan hingga dia
dapat berasa dirinya seperti sedang diperhatikan. Hinggalah satu ketika, dia
ternampak penampakan Sundel Bolong.
Ayu seterusnya telah menemui sebuah diari lama milik seorang wanita bernama Suzanna. Dalam diari tersebut, ada diceritakan tentang Suzanna yang telah meninggal dunia pada malam Jumat Kliwon lalu menjadi Sundel Bolong. Selepas Ayu membaca diari itu, Sundel Bolong mula menghantuinya.
Catat Ulasan for "SUZZANNA MALAM JUMAT KLIWON, BERSEDIAKAH ANDA UNTUK DITAKUTKAN"