WANITA PEMBUNUH BERSIRI DI THAILAND BERDEPAN DENGAN HUKUMAN MATI
THAILAND – Seorang wanita berusia 36 tahun yang ditangkap
pada bulan April lalu kerana dipercayai melakukan pembunuhan bersiri dengan
menggunakan racun sianida iaitu Sararat
Rangsiwuthaporn kini berdepan dengan 14 pertuduhan membunuh sekaligus
menjadikannya sebagai pembunuh bersiri paling prolifik di Thailand. Jika
disabitkan kesalahan atas pertuduhan tersebut, wanita tersebut bakal berdepan
dengan hukuman mati. Sararat menerima 80 pertuduhan jenayah secara keseluruhan
termasuk pertuduhan melakukan pembunuhan itu, satu rekod dalam sejarah jenayah di
Thailand. Selain pertuduhan memmbunuh, Sararat turut dikenakan didakwa
melakukan jenayah kecurian dan pemalsuan wang.
RM6.90 : Link Shopee - https://shope.ee/gIMAETuP |
Berdasarkan daripada laporan media, garis masa pembunuhan yang dilakukan oleh Sararat adalah selama 8 tahun. Kebanyakan mangsa adalah indvidu yang pernah meminjamkan wang kepada wanita itu. Pihak polis mengesahkan bahawa Sararat mengaku menggunakan racun sianida akan tetapi dia membuat penafian tentang pembunuhan yang berkenaan. Susulan daripada kes Sararat ini juga, pihak berkuasa di Thailand telah mengetatkan peraturan untuk menggunakan sianida.
Berhubung dengan motif, pihak polis tidak menolak sebarang
kemungkinan pembunuhan adalah bermotifkan wang kerana Sararat mempunyai masalah
ketagihan berjudi. Jumlah keseluruhan wang yang Sararat ambil daripada
mangsanya adalah sekitar $140,000. Wanita itu yang kini masih lagi dalam
tahanan pihak polis tidak dibenarkan untuk diikat jamin kerana dikhuatiri
menimbulkan ancaman kepada orang awam.
Link Shopee : https://shope.ee/99uXH5M2DT |
Terdapat laporan mendedahkan Sararat yang sedang hamil telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada baru-baru ini kerana mengalami keguguran. Pihak polis bagaimanapun menafikan proses siasatan yang mereka jalankan ke atas Sararat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan punca keguguran kandungan wanita terbabit. Sementara itu, bekas suami Sararat yang juga merupakan seorang anggota polis berpangkat tinggi turut menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan dengan melindungi jenayah.
Catat Ulasan for "WANITA PEMBUNUH BERSIRI DI THAILAND BERDEPAN DENGAN HUKUMAN MATI"