KISAH KEMATIAN SHEN LIJUN YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Pernah mendengar nama Shen Lijun iaitu seorang wanita dari
negara China yang pernah digelar sebagai “Wanita Tercantik di Shanghai”? Namun
dalam kehidupan manusia, tiada apa yang sempurna. Begitulah juga dengan Shen
Lijun di mana pengakhiran hidupnya begitu menyedihkan selepas segala
pengorbanan yang dia lakukan untuk suami tercinta langsung tidak pernah
dihargai.
Shen Lijun yang dilahirkan pada tahun tahun 1983 adalah
seorang wanita berperwatakan baik dan peramah selain begitu disenangi oleh
orang-orang di sekelilingnya. Selepas Shen Lijun menamatkan pelajaran di sebuah
kolej vokasional, Shen Lijun yang memiliki paras rupa cantik telah menerima
beberapa tawaran untuk menjadi seorang peragawati. Nama Shen Lijun semakin
dikenali dalam kalangan pengguna internet pada sekitar tahun 2006 sekaligus
membolehkannya dilamar oleh syarikat produksi filem untuk menjadi pelakon.
Salah satu daripada tiga buah filem lakonan Shen Lijun adalah berjudul “All's Well, Ends Well 2009” yang turut
dibintangi oleh aktor kacak Hong Kong, Louis Khoo.
Diringkaskan cerita yakni pada tahun 2010, Shen Lijun telah berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari keluarga kaya-raya yang dikenali sebagai Wu Kaixin. Tidak jelas bagaimana mereka berdua boleh berkenalan akan tetapi apa yang pasti Shen Lijun benar-benar jatuh hati kepada Wu Kaixin hingga dia yakin lelaki itu adalah lelaki yang akan menemaninya hingga pada hari tua. Setahun sesudah perkenalan tersebut, Shen Lijun dan Wu Kaixin akhirnya berkahwin. Setelah bergelar sebagai isteri pada usia 28 tahun, Shen Lijun kemudian akur untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa atas permintaan suami dan ibu mentuanya. Perkara ini bermaksud Shen Lijun tidak lagi mempunyai pendapatan kukuh saat dia masih lagi berada di puncak karier sebagai pelakon.
Nasib Shen Lijun seterusnya benar-benar menyedihkan. Baru saja berumah
tangga, dia sudah pun didesak oleh ibu mentuanya supaya hamil anak lelaki untuk
menyambung keturunan mereka. Malah Shen Lijun dipaksa untuk mengambil
ubat-ubatan serta suntikan tertentu sebagai rawatan perubatan agar dia dapat
hamil. Shen Lijun juga dikatakan pernah mengalami keguguran selama dua kali
kerana keadaan kandungannya yang sangat lemah. Cuma seperkara lagi harus
diketahui, Wu Kaixin turut dikesan mempunyai sperma yang lemah hasil diagnosis
doktor.
Tahun 2013, Shen Lijun akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki.
Kelahiran bayi itu sememangnya disambut dengan begitu gembira oleh Shen Lijun
sekeluarga terutama ibu mentuanya. Walau bagaimanapun, kegembiraan tersebut
tidak berpanjangan apabila Shen Lijun disuruh ibu mentuanya untuk mengurus anak
pertamanya itu secara bersendirian tanpa bantuan sesiapapun termasuk orang
gaji. Lebih malang untuk Shen Lijun apabila suaminya pula lebih gemar keluar
dari rumah untuk menghabiskan masa dengan pergi berjudi selain berhibur di
kelab malam.
Tiga tahun selepas kelahiran pertama, lahirlah anak kedua Shen Lijun. Kali ini, bayi perempuan. Pada masa sama, perangai Wu Kaixin semakin menjadi-jadi. Shen Lijun masih cuba bersabar biarpun dia mendapat tentang suaminya yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita juga dari keluarga kaya-raya yang bernama Luo Lili sejak dari anak pertama mereka dilahirkan. Shen Lijun pernah mengadu kepada ibu mentua mengenai kecurangan Wu Kaixin. Mengejutkan Shen Lijun, ibu mentua menyalahkan kerana dirinya kerana tidak menjaga suaminya dengan baik. Semestinya Shen Lijun pernah juga cuba menuntut cerai akan tetapi tidak dapat dipastikan secara terperinci berhubung hal penceraian itu.
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN SHEN LIJUN YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN "