Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

THE PRISON CONFESSIONS OF GYPSY ROSE BLANCHARD, DOKUSIRI TERBARU GYPSY ROSE


    Baru saja Gypsy Rose Blanchard keluar dari penjara, dia bakal muncul di kaca televisyen dalam satu siri dokusiri terbaru tentang dirinya yang berjudul  "The Prison Confessions of Gypsy Rose Blanchard." Dokusiri yang mempunyai tiga episod dengan setiap episod berdurasi selama 2 jam ini akan ditayangkan bermula dari 5 hingga 7 Januari pada jam 8 malam menerusi rangkaian Lifetime.  Dalam video trailer dokusiri itu, Gypsy Rose berjanji untuk berkongsi kisah dan menyatakan kebenaran daripada sudutnya.

    Gypsy Rose yang kini berusia 32 tahun telah dibebaskan dari Pusat Penjara Chillicothe di Missouri pada Khamis minggu lepas dengan pembebasan secara bersyarat selepas dia  menjalani 85 peratus daripada hukuman 10 yang diterimannya sebelum ini. Dia mengaku bersalah melakukan pembunuhan peringkat kedua terhadap ibunya iaitu Clauddine "Dee Dee" Blanchard  pisau dengan menggunakan pisau Jun 2015. Gypsy Rose bersekongkol dengan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Nicholas Godejohn untuk membunuh ibunya itu selepas beberapa tahun teraniaya secara fizikal dan mental.
Pelbagai pakar menyimpulkan bahawa Dee Dee kemungkinan besar menderita sindrom Munchausen oleh proksi yakni sejenis gangguan mental di mana pengidap sindrom ini menjadikan seseorang itu kelihatan sakit untuk mendapatkan perhatian. Sejak Gypsy Rose dari bayi lagi, Dee Dee telah memanipulasi doktor supaya mempercayai bahawa anak perempuannya itu menderita pelbagai jenis penyakit palsu seperti asma, leukemia, dan distrofi otot hingga membawa kepada pembedahan dan rawatan yang tidak sepatutnya.


    Dalam satu kenyataan media, pihak Lifetime menyatakan dokusiri ini turut memaparkan adegan semasa hari pendengaran pembebasan bersyaratnya. Gypsy Rose turut akan bercerita mengenai keadaan sewaktu di penjara selain memperkenalkan penonton kepada suaminya iaitu Ryan Scott Anderson iaitu seorang guru Louisiana yang dia kahwini pada bulan Jun 2022. "Kami saling mencintai,"  kata Gypsy Rose kepada People sebelum pembebasannya. "Bila saya di rumah bersama dengan keluarga saya,  dalam pelukan suami saya dan dikelilingi oleh orang yang saya sayangi, itulah saat saya akan berasa bahagia."

    Menurut Lifetime lagi, Gypsy Rose akan mendedahkab emosinya yang dipaksa untuk terus kekal menjadi kanak-kanak, dikurung oleh ibunya sendiri, dan pilihan sukar yang perlu dia lakukan bagi meneruskan hidup.

    Melissa Moore, penerbit eksekutit yang mendokumentasikan Gypsy Rose di penjara sejak 2017 berkata, 

    "Saya melihat transformasinya menjadi seorang wanita yang bertanggungjawab atas kisah silamnya dan kini dia memiliki keberanian untuk menghadapi dunia baru buat pertama kalinya," 

    Bercakap mengenai perancangan lain Gypsy Rose selepas pembebasannya, dia menyatakan hasratnya untuk menulis buku tentang pengalamannya bagi membantu kanak-kanak yang telah menjadi mangsa penderaan. 


    Selain itu, sumber yang rapat dengan Gypsy Rose mengatakan bahawa dia turut merancang untuk mengambil bahagian dalam ceramah dan nasihat kesedaran tentang Sindrom Munchausen oleh proksi. Difahamkan bahawa Gyspy Rose telah pun mengambil bahagian dalam terapi berkumpulan semasa di penjara. Dia juga sudah pun selesai menjalani beberapa kursus yang berkenaan semasa penahanannya. Gypsy Rose berniat ingin membantu orang lain dengan menggunakan segala kemahiran yang dia telah pelajari.

Catat Ulasan for "THE PRISON CONFESSIONS OF GYPSY ROSE BLANCHARD, DOKUSIRI TERBARU GYPSY ROSE "