Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FILEM SOCIETY OF THE SNOW, KISAH BENAR PESAWAT 571 URUGUAY YANG TERHEMPAS

    Filem berjudul  "Society of The Snow" bakal mula ditayangkan di Netflix pada 4 Januari 2024 ini. Filem bergenre thriller kemandirian arahan J.A. Bayona (Pengarah filem The Orphanage - 2007, A Monster Call – 2016 dan Jurrasic World : Fallen Kingdom – 2018) ini adalah adaptasi daripada buku karya Pablo Vierci yang mengisahkan kisah benar sebuah pesawat Uruguay yang telah terhempas di kawasan pergunungan sajli Andes pada tahun 1972.

    Pesawat yang membawa pasukan ragbi dari Montevideo, Uruguay tersebut berlepas pada 13 Oktober 1972 menuju ke Santiago, Chile untuk menyertai pertandingan ragbi. Sewaktu dalam perjalanan itu, kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pembantu juruterbang telah menyebabkan pesawat tersebut terhempas di sekitar Andes. Jumlah keseluruhan penumpang pesawat tersebut adalah seramai 45 orang di mana lima orang daripadanya merupakan krew penerbangan. Namun selepas 72 hari terkandas di kawasan pergunungan itu, hanya 16 orang saja yang terselamat. Itupun setelah mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk meneruskan hidup dalam keadaan cuaca yang ekstrem. Ini termasuklan terpaksa mengamalkan kanibalisme. Namun dalam Society of The Snow, difahamkan J.A. Bayona lebih menekankan unsur psikologi berbanding unsur kanibalisme bagi menghormati perasaan mangsa yang terselamat.

    Filem ini dilaporkan telah mendapat banyak ulasan positif oleh kebanyakan pihak. Hingga setakat ini, Society of The Snow menerima jumlah penilaian sebanyak 8/10 untuk laman IMDb manaka Rotten Tomatoes pula sebanyak 92%. Untuk makluman bersama pembaca, filem Alive tahun 1993 juga diangkat daripada kisah ngeri yang dialami oleh pasukan ragbi Uruguay ini.                                             

Catat Ulasan for " FILEM SOCIETY OF THE SNOW, KISAH BENAR PESAWAT 571 URUGUAY YANG TERHEMPAS"