Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH LEGENDA URBAN HANAKO-SAN

    Kisah Hanako-San adalah salah satu legenda urban Jepan yang begitu popular di Jepun. Kisah Hanako-San atau dalam bahasa Jepunnya iaitu Toire no Hanako-San adalah tentang hantu kanak-kanak perempuan yang menghantui di tandas sekolah. 

    Kebanyakan sumber menyebut bahawa Hanako-San ini tinggal dalam bilik tandas perempuan nombor tiga yang terletak di tingkat tiga di sebuah sekolah. Hanako-San ini dikatakan akan muncul sekiranga pintu tandas tersebut diketuk sebanyak tiga kali. Namun terdapat juga versi berlainan yang menyatakan bahawa Hanako-San hanya muncul apabila namanya itu disebut tiga kali.

    Hanako-San digambarkan sebagai seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek yang berpakaian skirt merah putih. Tentang wajah Hanako-San ada yang mendakwa wajah hantu itu benar-benar menakutkan dan ada yang percaya wajahnya normal saja seperti manusia biasa.

    Sama seperti kebanyakan legenda urban lain, asal-usul cerita Hanako-San ini mempunyai pelbagai versi. Antara versi yang popular adalah dia menjadi mangsa pengeboman sebuah pesawat di mana ketika itu dia sedang bermain sembunyi dalam tandas. Dalam versi lain, Hanako-San mati akibat menjadi dibuli.  Disebabkan itu, rohnya muncul di tandas tersebut kerana tidak berasa tenteram. Selain itu, ada sumber menceritakan Hanako-San telah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjaga di sekolahnya.

    Legenda tersebut menyatakan bahawa jika anda pergi ke tandas perempuan di bilik ketiga di tingkat ketiga sebuah sekolah dan mengetuk pintu tiga kali, Hanako-San akan muncul. Beberapa versi legenda mengatakan bahawa anda harus bertanya kepada Hanako-San atau menyebut namanya tiga kali, sementara yang lain mengatakan bahawa dia akan muncul begitu sahaja.

    Legenda Hanako-San ini diceritakan sebagai kisah peringatan kepada kanak-kanak Jepun supaya tidak sesekali pergi ke tandas bersendirian. Apa yang pasti, kisah Hanako-San ini sememangnya kisah yang menakutkan.

Catat Ulasan for "KISAH LEGENDA URBAN HANAKO-SAN"