KISAH SIAPA YANG BERSIUL?
Sudah lama aku menunggu untuk memberitahu Reddit tentang
kisah penuh The Whistler. Kisah ini memerlukan banyak butiran, tetapi ia adalah
cerita yang sukar untuk dijelaskan, menakutkan, dan 100% benar. Aku juga
mempunyai bukti video.
Sewaktu aku berusia dalam 8 tahun, aku membawa anjing
peliharaanku berjalan-jalan di kawasan kejiranan dengan ibuku. Waktu itu lebih
kurang pukul 11 malam. Kami tinggal bersebelahan dengan hutan di pinggiran
kejiranan kami yang terletak di Lansing, Michigan. Aku masih ingat keadaan pada
waktu itu adalah sunyi dan sedikit berangin. Dari dalam hutan, kami mendengar
bunyi siulan seakan seseorang sedang bersiul pada kami. Bunyi itu kedengarannya
seperti burung akan tetapi setiap siulannya berbeza cukup untuk memahami bahawa
yang bersiul itu seperti manusia. Adakala siulan itu kedengaran lebih tinggi,
adakala lebih rendah. Aku tidak dapat menggambarkannya dengan tepat. Ibu
memandangku dengan muka yang bimbang dan sedikit ketakutan, meraih tanganku,
dan berkata bahawa kita sepatutnya masuk dengan cepat. Aku tidak memahami
kerana aku terlalu muda namun melihat ibuku panik membuatkan aku juga berasa
panik. Selepas itu, aku lupa tentang peristiwa itu.
Dua tahun kemudian, aku membawa anjing peliharaanku lagi,
juga pada waktu malam. Di sebelah pintu depan rumah, ada kawasan semak yang
luas di mana seseorang boleh bersembunyi di kawasan belakang semak tersebut.
Sewaktu sudah hampir selesai berjalan, bunyi siulan bermula lagi. Nada siualan
yang sama iaitu tidak konsisten, seakan manusia yang bersiul. Setelah aku
mendengarnya, aku yang ketakutan terus berlari masuk ke dalam rumah secepat
mungkin.
Tahun demi tahun berlalu, aku semakin melupakan kejadian itu
dan hanya menceritakannya kepada beberapa orang.
Kini aku berusia 24 tahun. Aku mempunyai teman wanita yang
bernama Sarah. Kami pindah ke South Dakota untuk bekerja di sana. Pada Hari
Kemerdekaan, kami berdua telah memutuskan untuk pergi ke Pierre dan menonton
percikan bunyi api di sepanjang sungai Missouri. Terdapat satu kawasan
perkhemahan percuma di belakang sebuah hospital di mana di situ dibenarkan
untuk memasang khemah dan bersantai untuk menonton pertunjukan api. Aku dan
Sarah berada di kawasan hujung tapak perkhemahan. Tidak ramai orang yang berada
di sekeliling kami pada waktu itu. Menjelang lewat tengah malam, pertunjukan
bunga api pun bermula. Kami terpaksa duduk berdekatan dengan sungai untuk
melihat pertunjukan bunga apit tersebut dengan lebih dekat.
Tidak lama kemudian, angin bertiup dengan kencang. Bot polis telah mengarahkan semua bot yang ada di sungai itu supaya beredar dari kawasan situ. Semasa pihak polis sibuk menjalankan tugas mereka itu serta pada masa sama kebanyakan orang lain ada di situ sedang khusyuk menonton pertunjukan bunga api, aku dan Sarah duduk bersantai sambil meminum minuman. Namun tiba-tiba kami mendengar bunyi desiran air. Kami melihat sekumpulan susuk tubuh manusia yang sedang berkayak kira-kira 20 meter dari tepi. Sarah bagaimanapun memutuskan untuk pergi mendapatkan lebih minuman dari kereta, meninggalkan aku sendirian untuk menatap susuk tubuh misteri itu. Apa yang berlaku kemudian, “mereka” bersiul kepadaku. Seluruh tubuh aku terus menjadi kaku kerana siulan itu adalah bunyi siulan yang sama seperti yang aku dengar sewaktu zaman kanak-kanakku dahulu. Aku memandang mereka tetapi keadaan terlalu gelap untuk melihat wajah misteri itu. Apa yang pasti, mereka memakai topi. Ketika mereka semakin dengan, mereka berhenti berkayak lalu bersiul kepadaku. Aku yang berasa takut bangun berdiri dan seterusnya berteriak ke arah mereka, "Siapa kamu!". Mereka tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya bersiul beberapa kali sebelum berpusing 180 darjah dan seterusnya berkayak semula hingga dari pandangan.
Aku adalah seorang juruvideo. Jadinya sewaktu kejadian itu
berlaku yakni sewaktu kayak itu sudah hampir tidak lagi kelihatan, aku
mengambil kameraku dan merakam video mereka bersiul saat mereka pergi.
Semasa Sarah kembali ke tempatku, dia berasa hairan mengapa reaksi wajahku
nampak terkejut. Ketika aku menceritakan segala-galanya, dia juga berasa
terkejut. Aku yakin kami berdua pada malam itu akan dibunuh. Persoalannya bagaimana
orang bersiul ini mengikutiku, setelah 14 tahun hingga ke South Dakota? Apakah
semua itu kebetulan? Mengapa bunyi siulan itu sama? Siapa mereka dan ke mana
mereka pergi?!?! Begitu banyak pertanyaan yang masih belum terjawab. Sampai
sekarang aku takut untuk berada di luar pada waktu gelap di mana tidak mustahil
aku mungkin akan mendengar bunyi siulan itu lagi.
Aku terbuka untuk mendengar segala penjelasan. Video bunyi siulan itu boleh dengar di sini : https://youtu.be/y9OLi6A2rzU
Pautan kisah asal : The Whistler
Catat Ulasan for "KISAH SIAPA YANG BERSIUL?"