KENALI DEREK ROSA, REMAJA 13 TAHUN BUNUH IBUNYA DENGAN KEJAM
Pada bulan 12 Oktober 2023, satu pembunuhan kejam telah
berlaku di Hialeah, Florida, Amerika Syarikat di mana seorang remaja lelaki
berusia 13 tahun bertindak untuk membunuh ibu kandungnya. Mangsa berusia 39
tahun yang dikenali sebagai Irina Garcia itu dilaporkan mati serta-merta di
lokasi kejadian akibat ditikam sebanyak 46 kali oleh saspek iaitu Derek Rosa
dengan menggunakan pisau dapur. Menyedihkan, Irina diserang sewaktu dia sedang
tidur bersebelahan dengan bayi perempuannya yang baru berusia dua minggu. Mengenai
bayi perempuan itu yang juga merupakan adik tiri kepada Derek, dia terselamat
bermaksud tidak diapa-apakan.
Sejurus kejadian pembunuhan tersebut, Derek telah menghubungi
pihak talian kecemasan untuk membuat pengakuan tentang apa yang sudah dia
lakukan. Derek bagaimanapun tidak mendedahkan motifnya melakukan pembunuhan
itu. Sementara itu, bapa tiri Derek tidak berada di rumah semasa kejadian
kerana bekerja di luar kawasan.
Seperkara lagi harus diketahui yakni setelah Irina dibunuh, Derek sempat menghantar gambar swafoto serta gambar mayat Irina kepada rakan dalam taliannya yang bernama Sweeden. Derek juga cuba untuk membunuh diri sesudah itu dengan menggunakan senjata api milik bapa tirinya akan tetapi entah kenapa dia tidak jadi berbuat sedemikian.
Pembunuhan ini sememangnya mengejutkan ramai pihak kerana
Derek dikatakan sebagai seorang yang sangat sopan selain dianggap pintar.
Disebabkan itu, motif sebenar Derek membunuh ibunya kekal menjadi persoalan
memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental. Menurut keterangan
daripada salah seorang saudara terdekat Derek, dia mendakwa Derek adalah seorang
remaja yang sangat baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah besar.
Dalam perkembangan semasa, Derek mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama. Dia yang kini masih dalam tahanan dijangka akan dibicarakan semula pada bulan Februari kelak. Menerusi video rakaman semasa soal siasat terhadap Derek yang telah dimuat naik ke laman Youtube, dia dilihat begitu tenang selain tidak menunjukkan sebarang reaksi penyesalan sepanjang tempoh berkenaan. Tonton video yang dimaksud melalui pautan Youtube berikut : https://youtu.be/Yn2Q_TJ8EOI?si=rKJb5oxMGjuqvM3H (versi pendek) dan https://youtu.be/jlIMlMH0FjQ?si=gn9CA-z91LQNsLm5 (versi panjang).
Catat Ulasan for "KENALI DEREK ROSA, REMAJA 13 TAHUN BUNUH IBUNYA DENGAN KEJAM "